Tidak lama lagi, negara kita akan mencapai imuniti kelompok dan pastinya lebih banyak sektor akan dibuka serta keadaan negara kita akan berubah sedikit demi sedikit kembali pulih seperti sedia kala.
Umum mengetahui bahawa masih ada golongan yang tidak mahu mengambil vaksin. Malah, ada laporan mereka yang tidak menerima vaksin berasa di diskriminasi dan ada juga mahu memalsukan kad terima vaksin.
Terbaharu, pengasas pertubuhan ASWAJA telah promosi sijil vaksin palsu di Instagramnya. Menerusi perkongsiannya itu, dia turut mengatakan anda boleh cucuk vaksin ‘kosong’ dan dapatkan sijil vaksin.
Hal tersebut mendapat perhatian netizen dan ada netizen yang melaporkan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Twitter. Tindakan netizen itu melaporkan selepas Khairy mengecam penyebaran berita palsu berkenaan vaksin dan mahu undang-undang dilaksanakan.
Laporan netizen tersebut meraih pelbagai reaksi netizen dan rata-rata netizen mengecam individu terbabit yang mempromosikan sijil vaksin palsu tanpa rasa malu.
Harap ada juga tindakan untuk Ustaz Abu Syafiq,pengasas pertubuhan ASWAJA.
Mempromosikan vaksin dan sijil palsu. https://t.co/hszsHpJqWo pic.twitter.com/t0UlaljjNm
— Twt_Bajet 🇵🇸 (@twt_bajet) October 8, 2021
tipu sijil tak berdosa, ambil vaccine berdosa. ustaz pulak tu yang promote. betul la tu dunia ni memang dah tenat sangat https://t.co/izymN2tWNU
— sushi please (@zzzaaaint) October 9, 2021
https://twitter.com/woaininiii/status/1446470899830431751
Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa marah kerana individu terbabit mempergunakan ‘agama’ dan suka-suka menukar hukum. Malah, rata-rata netizen mahu individu itu dikenakan tindakan kerana menyebarkan maklumat tidak benar dan juga promosi sijil vaksin palsu.
Sementara itu, ada yang pernah dimaki oleh golongan anti vaksin kerana tidak mahu berkongsi kad vaksin mereka. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.
Gara-Gara Tidak Mahu Kongsi Sijil Vaksin, Wanita Ini Dimaki Dan Dihina Individu Antivaksin
Anti-Vaksin Dikecam Buat Eksperimen Sosial, Bangga Dapat Masuk Kedai Walaupun Tolak Vaksin