Ada peribahasa menyatakan, ‘kalau bukan rezeki, di mulut lari keluar’. Inilah nasib yang menimpa kepada Classic Motorworks SG apabila satu kereta klasiknya yang mengambil masa kira-kira 6 minggu untuk sampai ke negara itu telah musnah sekelip mata.
Pengedar kereta klasik dari Singapura itu mengambil keputusan untuk membeli sebuah model MG Midget 1969 dari England melalui satu iklan di Facebook pada awal tahun ini.
Setelah kereta itu sampai di Singapura, Classic Motorworks SG telah membuat proses restorasi untuk menampakkannya seperti kereta baharu yang baru keluar dari kilang sebelum ia dapat dijual semula kepada pelanggan yang berminat.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Classic Motorworks SG apabila kereta tersebut dilanggar oleh kenderaan lain di dalam kawasan bangunan yang menyimpan kereta klasik terbabit dan insiden kejadian itu turut terakam pada CCTV.
Dalam video itu, kelihatan sebuah kenderaan berwarna biru bergerak dengan laju semasa mahu mengambil selekoh. Namun ia terbabas lalu merempuh beberapa kenderaan di hadapannya, termasuklah MG Midget 1969 yang hampir siap proses restorasinya.
Kisah malang yang dikongsikan menerusi Instagram sebuah pusat pengedar kereta klasik Singapura itu telah mendapat perhatian ramai warganet. Rata-rata mereka turut menzahir rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa kepada kereta klasik itu.
“Kerja-kerja pemulihan yang telah berjalan selama 5 bulan itu dijangka akan siap minggu depan jika tidak kerana kemalangan itu.
“Walaupun ini memberi kesan kepada perniagaan kami, kami bersyukur kerana tiada sesiapa yang cedera dalam kemalangan ini.
“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan pemanduan yang selamat. Walaupun kereta klasik amat berharga, tetapi tiada yang lebih berharga daripada nyawa kita sendiri,” kata Classic Motorworks SG dalam hantaran media sosialnya.
Pengedar kereta klasik itu telah ditubuhkan pada 2016 dan bermula dua orang pekerja di sebuah bengkel yang terletak di Tuas. Selepas beberapa tahun, Classic Motorworks SG berkembang menjadi salah satu bengkel kereta klasik yang paling dipercayai dan berkualiti di Singapura.
* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Bagi peminat SUV mewah berkuasa tinggi, ini berita baik buat anda kerana Ferrari bakal memperkenalkan FUV mereka pada September nanti. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Dahulu Ego Tolak Idea Kereta Besar, Kini Ferrari Bakal Lancarkan ‘FUV’ Pertama September Ini
Cuma Sekadar Penggambaran, Gojek Sahkan Tiada Perancangan Masuk Malaysia Buat Masa Ini
Netizen Puji Lelaki Ini Belanja Hampir RM3,000 Untuk Mudahkan Bapanya Yang Uzur Masuk Kereta