Sebuah portal sukan dari luar negara mereka ada maklumat eksklusif tentang maklumat sijil kelahiran datuk Facundo Garces.

Laman Capital De Noticias (CDN) adalah portal berita dari Argentina yang banyak  menulis tentang isu semasa berkaitan politik, sosial, sukan termasuk perkembangan pemain pemain bola sepak Argentina yang berkelana ke luar negara.

CDN dedahkan  secara eksklusif salinan asal dokumen kelahiran datuk Garces

cdn
Foto: CDN

Menurut laman Capital De Noticias, datuk Facundo Garces yang didakwa oleh FAM lahir di Pulau Pinang sebenarnya lahir di Santa Fe yang jaraknya leboh 14,000 kilometer dari Malaysia.

Garces1
Foto: CDN

Badan bola sepak dunia, FIFA tu baru-baru ni mengeluarkan dokumen siasatan rasmi yang mendakwa FAM cuba memalsukan maklumat kelahiran Facundo Garces.

Dalam dokumen tu, FAM kemukakan salinan sijil kelahiran datuk Garces — yang didakwa dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia.

Namun setelah siasatan FIFA, mereka mendapati datuk Garces lahir di Villa Maria Selva, Santa Fe, Argentina. FIFA mendakwa mereka mendapat maklumat dokumen asal daripada pejabat sivil Argentina.

fifa
Foto: FIFA

Menurut laman itu lagi, datuk Garces lahir pada 29 Mei 1930, dan maklumat tersebut sama di antara sijil yang dikemukakan FAM dengan sijil yang ada pada FIFA.

Apa yang tidak tepat adalah tempat kelahirannya. Menurut dokumen rasmi, Fernandez dilahirkan di kawasan kejiranan Villa María Selva di Santa Fe.

Rekod tersebut menyatakan bahawa ada akuan bersumpah di hadapan pegawai Pejabat Pendaftaran Sivil yang bertulis berkaitan kelahiran bertulis:

“Puan Sebastiana Justa Fernández, berumur dua puluh enam tahun, belum berkahwin, warganegara Argentina, menetap di Villa María Selva, hadir dan mengisytiharkan bahawa di rumahnya di Lorong ke-22, tanpa nama, pada 29 Mei yang lalu, jam 6:40 petang, seorang anak lelaki berkulit putih [datuk Garces] telah dilahirkan, yang merupakan anak kandungnya dan diakui olehnya sebagai anaknya sendiri.”

Capital De Noticias juga menjelaskan bahawa Santa Fe pada awal 1930-an tidak ada nama yang khas untuk lorong dan jalan mereka. Biasanya, lorong dan jalan akan dirujuk dengan nombor. Oleh sebab itu, rumah datuk Garces adalah di lorong 22 yang kini dikenali sebagai Lorong Gorostiaga..

'Bukan Lahir Pulau Pinang Tapi Santa Fe,' - Portal Argentina Ini Dakwa Mereka Ada Maklumat Eksklusif Tentang Kelahiran Datuk Facundo Garces

Dengan kata lain, ibu kepada datuk Garces — iaitu moyang Facundo Garces — ialah seorang rakyat Argentina.

'Bukan Lahir Pulau Pinang Tapi Santa Fe,' - Portal Argentina Ini Dakwa Mereka Ada Maklumat Eksklusif Tentang Kelahiran Datuk Facundo Garces

Sementara itu, Don Cipriano Garces, yang merupakan saksi dalam laporan pendaftaran kelahiran datuk Garces – yang kemudian didaftarkan sebagai suami kepada Dona Sebastiana, ayah  kepada  datuk Garces, adalah seorang jurujual asal Sepanyol.

Jadi, keturunan sebelah ayah kepada datuk Garces pun tiada pertalian dengan Malaysia – jelas portal itu lagi.

'Bukan Lahir Pulau Pinang Tapi Santa Fe,' - Portal Argentina Ini Dakwa Mereka Ada Maklumat Eksklusif Tentang Kelahiran Datuk Facundo Garces

FIFA telah mengarahkan sekretariatnya untuk mencari sendiri maklumat kelahiran 7 pemain warisan Malaysia termasuk Facundo Garces.

Di kalangan pemain pemain ini, Garces adalah pemain yang paling tinggi nilainya berdasarkan statusnya sebagai pemain utama kelab La Liga.

FIFA kemudian menjatuhkan hukuman berat dengan menggantung 7 pemain warian itu selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak dan denda.

FAM pula dikenakan denda 350,000 franc Swiss (lebih kurang RM1.9 juta). Semua hukuman ini di bawah Artikel 22 Kod Disiplin FIFA — bab pemalsuan dokumen.

Ini bermaksud Facundo Garces sudah terlepas kesemua baki perlawanan musim ini.

Apa yang pasti kesemua 7 pemain warisan Malaysia tersebut konsisten mengakui mereka adalah pemain Malaysia yang sah.