Pada hari ini ciri-ciri keselamatan menjadi pilihan utama pelanggan sebelum mereka membeli kereta.
Tular satu klip video kemalangan Proton S70 merempuh tiang papan tanda di lebuh raya sampai tumbang.
Menerusi video dikongsikan TikTok @mazzproton, kereta terbabit terbalik sejurus melanggar tiang papan tanda dipercayai dengan kadar kelajuan tinggi.
@mazzproton S70 adalah satu sedan yg sangat ‘kebal’ dgn level safety yg sgt tinggi. Kokpit pemandu dan bahagian tengah penumpang tidak terjejas.. mangsa semua selamat dan cuma cedera ringan. Inilah kenderaan utk kebaikan keluarga anda . Duit boleh cari tp nyawa dan keselamatan tiada harganya..DM 0️⃣1️⃣3️⃣3️⃣7️⃣4️⃣7️⃣4️⃣9️⃣9️⃣ kalau berminat dgn kereta ni #mazzproton #protonmalaysia #trustedseller
Menerusi salah satu komen pengguna TikTok, dia menyatakan mangsa merupakan adiknya dan tidak mengalami kecederaan serius.
“Kereta adik saya. Pemilik tiada masalah apa. Luka sikit-sikit saja. Alhamdulillah. Tapi memang terbukti keselamatan Proton terbaik juga,” ujar lelaki itu.
Difahamkan ini merupakan kali kedua adiknya terlibat kemalangan total lost.
Proton S70 itu dibeli dan baru pakai beberapa bulan selepas kemalangan sebelum ini yang melibatkan Perodua Myvi.
Proton S70 ‘kereta kebal’


Pada penghujung video menunjukkan bahagian depan dan belakang kereta hancur teruk, bagaimanapun bahagian kabin tengah tidak terjejas teruk.
Dalam pada itu netizen turut memuji Proton kerana memilih rakan strategik yang tepat — Geely.
Ini kerana Geely mempunyai anak syarikat, Volvo Cars dan kedua-duanya saling berkongsi pembangunan enjin, platform kenderaan, dan ciri-ciri keselamatan.

Volvo pula sangat diketahui ramai sebagai pengeluar kereta tahan lasak. Antara beberapa faktor utama adalah ketahanan struktur, teknologi keselamatan, dan kejuruteraan berkualiti tinggi.
Sekaligus ia turut menjadikan Proton S70 memiliki ciri-ciri keselamatan yang berkualiti tinggi juga.