Umum ramai ketahui Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai barisan pelbagai jenis kereta untuk mengukuhkan kekuatan badan kerajaan itu
Semasa majlis istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 baru-baru ini, sebuah Proton S70 lengkap dengan livery PDRM kelihatan mengiringi Perdana Menteri masuk ke perkarangan Istana Negara.
Baca Juga:
- PDRM Bakal Uji BMW M3 Sebagai Kenderaan Rasmi?
- Bukan Beli, BMW M3 Cuma Dipinjamkan Kepada PDRM Untuk Pandu Uji
- Bertugas Di Daerah-Daerah Terpilih, Kereta Peronda ‘Myvi Polis’ Hasil Projek CSR Perodua Dan PDRM
Kereta sedan itu mempunyai tulisan polis pada bonet hadapan, bahagian belakang, serta kanan dan kiri pintu hadapan. Manakala bumbung pula dilengkapi dengan strobe light.
Menurut orang ramai, mereka rasa berbangga kerana PDRM menggunakan kenderaan tempatan sebagai kenderaan rasmi.
“Kan bangga tunjuk nasional,” ujar salah seorang netizen.
Selain Proton S70, antara model kereta tempatan lain digunakan Polis Malaysia adalah Perodua Myvi yang merupakan hasil kerjasama antara Perodua dan PDRM.
Pada masa sama Perodua Ativa turut digunakan menjadi kereta rasmi badan penguatkuasa tersebut.
Kedua-dua model itu digunakan di kawasan daerah-daerah terpilih sahaja.
Dalam pada itu, tahun 2021 lalu orang ramai digemparkan dengan kelibat kereta polis BMW M3.
Bagaimanapun kereta tersebut bukanlah kereta rasmi, sebaliknya dipinjamkan untuk satu tempoh bagi tujuan pandu uji.
Selain sebuah BMW M3, ada dua buah BMW X3 dan dua buah Volkswagen Tiguan dipinjamkan bagi tujuan yang sama.