Pada akhir bulan Ogos lalu tular satu klip video memaparkan sebuah Proton X90 diselamatkan daripada terbakar. PROTON menjelaskan bahawa tiada letupan yang disebabkan oleh bateri hibrid ringan (48v) model tersebut.

Terbaharu, PROTON telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung hasil siasatan insiden tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

PROTON mengesahkan bateri yang digunakan pada Proton X90 bukanlah punca kejadian dan ingin meyakinkan semua orang, kualiti produk dan keselamatan pelanggan adalah keutamaan syarikat.

@yoyoung

#protonmalaysia🇲🇾 #fypシ゚viral

♬ Titanic flute fail – Funny/Awesome Vids

“Selepas siasatan terperinci dijalankan oleh pasukan pakar produk dari PROTON dan Geely, satu isu telah dikenal pasti mengenai sambungan kabel pembumian ke badan kenderaan.

“Ini boleh menyebabkan kawasan penyambung menjadi panas apabila arus elektrik yang tinggi melaluinya secara berterusan, mengakibatkan kesan haba kepada bahan kalis bunyi yang terletak berdekatan dengannya,” petik kenyataan rasmi PROTON.

Tambahnya lagi, sebagai langkah keselamatan, semua pemilik Proton X90 akan dihubungi secara individu oleh pengedar PROTON 3S/4S untuk membawa kenderaan mereka diperiksa dan jika perlu, tindakan pembaikan akan diambil oleh pusat servis untuk menghapuskan sebarang risiko pemanasan.

“Pemilik juga boleh menghubungi pusat servis 3S/4S terdekat untuk tempahan temu janji atau menghubungi talian bantuan PROTON di 1-800-88-8398 untuk maklumat lanjut.

“Selain itu, PROTON dan vendornya telah mengambil langkah proaktif dengan meningkatkan kawalan proses pembekal kami dan pemeriksaan masuk ke atas barisan pengeluaran Proton X90,” jelas PROTON.

Sumber