Tidak kira apa jua jenis kenderaan yang dipandu, pasti akan ada pemandu yang mempunyai sikap pentingkan diri sendiri apabila dia memandu secara santai-santai di lorong paling kanan sehingga menyebabkan kesesakan dan menyukarkan kenderaan di belakangnya memecut di lorong berkenaan.

Baru-baru ini orang ramai mengecam tindakan pemandu Perodua Axia yang memandu perlahan di lorong kanan dan enggan menukar lorong walapun terdapat kenderaan lain menghampiri belakangnya.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Oleh kerana pemandu terbabit berdegil, sebuah Proton Waja membuat satu tindakan berbahaya apabila pemandunya memecut dan memotong di sebelah kanan Axia walaupun ruang tersebut kelihatan sempit.

Rakaman video kejadian yang berlaku di Lebuh Raya Alor Setar menghala ke Gurun itu telah mendapat pelbagai komen mengutuk perbuatan kedua-dua pemandu terbabit.

Seorang memandu perlahan dan enggan menukar lorong, manakala seorang lagi memotong kenderaan secara berbahaya. Tindakan kedua-dua pemandu itu boleh menyebabkan kemalangan sekiranya kereta Axia dan Waja terbabit bergesel antara satu sama lain.

Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Dashcam Owners Malaysia

Tambah orang ramai lagi, Waja itu sepatutnya memotong dari sebelah kiri bagi mengurangkan risiko kerana lebih selamat berbanding memotong di ruangan sempit di sebelah kanan.

Bagaimanapun, tindakan kedua-dua pemandu yang keras kepala dan enggan bertolak-ansur ini amatlah tidak wajar serta tidak patut dicontohi oleh pengguna jalan raya yang lain.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, netizen berasa sedih apabila melihat sebuah Axia diubah suai sehingga ianya tidak sesuai untuk dipandu di atas jalan raya. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Netizen Sedih Lihat Keadaan Perodua Axia Diubah Suai Hingga Hilang Seni ‘Stance’

Isu Tidak Muat Jalan, Pemandu Rolls-Royce Pula Kongsi Pandangan Dari Dalam Kereta

Kilang Porsche Di Kulim Mula Beroperasi, Model Cayenne Dipasang 100% Oleh Tenaga Tempatan

Sumber