Perodua pada hari ini secara rasminya telah memperkenalkan varian terendah Axia E untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi serendah RM22,000 sahaja.
Model ini sudah pasti mencuri perhatian di kalangan golongan muda yang mahu mempunyai kenderaan mampu milik untuk bergerak ke pelbagai lokasi. Ini 10 perkara menarik yang anda perlu ketahui berkenaan Perodua Axia E baharu.
Baca Juga:
- Perdana Menteri Lancarkan Proton X90, Harga Bermula Daripada RM123,800
- 15 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai SUV Baharu Proton X90
Informasi Perodua Axia E 2023
1. Difahamkan ini juga merupakan kali pertama harga model Perodua yang sama diberikan untuk pasaran di Semenanjung dan Sabah/Sarawak.
2.Dengan harga yang rendah ini juga, antara sasaran Perodua adalah untuk menarik perhatian penunggang motosikal untuk beralih kepada kereta.
3. Walaupun varian E ini hanya datang dengan ciri asas namun masih lagi menawarkan ciri keselamatan yang baik termasuk diperakui edngan penarafan 4-bintang Asean NCAP oleh MIROS.
4. Antara ciri lain ditawarkan termasuk dua beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar pada bahagian pemandu sahaja.
5. Model ini juga didatangkan dengan jaminan 5 tahun dan pelanggan boleh memilih warna seperti Ivory White, Glittering Silver dan Granite Grey.
6. Model Axia E ini dikuasakan enjin 1.0L 3-silinder VVT-i DOHC dengan sistem suntikan bahan api yang menawarkan 67hp dan 91Nm pada 4,400rpm. Kuasa pula disalurkan menerusi transmisi klac manual 5-kelajuan.
7. Dari segi penampilan, tidak banyak yang berubah untuk Axia E terbaru ini, hampir sama dengan apa yang pernah dilihat ada pada Axia E versi 2017 dan 2019 dahulu.
8. Axia E kini dijual pada harga RM22,000, berbanding harga terakhirnya sekitar RM24,090 bagi model tahun yang diperkenalkan pada 2019 dahulu.
9. Axia E terbaru ini dipasangkan di kilang PGMSB di Rawang yang turut memasang model seperti Ativa dan Alza.
10. Axia E mempunyai stok sedia ada sebanyak 3,000 unit dan memang sudah bersedia untuk dihantar segera selepas tempahan.
Selain informasi ringkas, anda boleh melihat gambar-gambar yang memaparkan rekaan dan juga dalaman kereta yang baru dilancarkan sebentar tadi.
Kami pasti kereta ini bakal menjadi salah satu model hangat di kalangan pengguna seperti mana kejayaan model Bezza mereka. Kini anda juga berpeluang memiliki kereta pertama dengan harga rahmah dan paling utama sekali keselamatan sudah terjamin.