Jika sebelum ini orang ramai berteka-teki bagaimana rekaan Proton X50 yang sering nampak dipandu uji di jalan raya, hari ini Proton memperlihatkan model Proton X50 2025.

Kini SUV sporty itu menggunakan enjin 1.5 liter turbo 4-silinder, menggantikan enjin 3-silinder terdahulu.

Baca Juga:

Enjin i-GT 1.5 TD baharu ini dipadankan dengan transmisi dual-clutch 7-kelajuan (DCT) yang menjana 181hp dan 290 Nm tork.

Proton X50 2025 Tampil Rekaan Serba Baharu, Enjin Lebih Berkuasa
Sumber Gambar: Proton

Proton X50 2025 ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 7.6 saat — iaitu 0.3 saat lebih pantas berbanding model terdahulu.

Pada masa sama model baharu ini tampil dengan peningkatan kecekapan bahan api sebanyak 4.7%.

Rekaan Proton X50 serba baharu
Proton X50 2025 Tampil Rekaan Serba Baharu, Enjin Lebih Berkuasa
Sumber Gambar: Proton

Reka bentuk luaran yang menerima perubahan ketara. Di bahagian hadapan mempunyai gril bawah yang besar, lampu utama kini direka lebih tajam dan miliki lampu nyalaan siang (DRL) sama seperti model S70.

Di bahagian belakang pula, lampu belakang mempunyai rekan baharu dengan jalur lampu nipis melintang. Tulisan jenama Proton pula berada di bawahnya.

Proton X50 2025 Tampil Rekaan Serba Baharu, Enjin Lebih Berkuasa
Sumber Gambar: Proton
Perubahan rekaan ruangan kabin Proton X50

Ruangan kabin kini menerima perubahan ketara di mana rekaan kini lebih minimalis. Tumpuan utama bahagian kabin kini ialah skrin infotainmen terapung bersaiz 14.6 inci,dipadankan dengan kluster instrumen digital di belakang stereng.

Skrin infotainmen mirip seperti yang digunakan pada model EV e.MAS 7.

Proton X50 2025 Tampil Rekaan Serba Baharu, Enjin Lebih Berkuasa
Sumber Gambar: Proton

Pembantu suara ‘Hi Proton’ juga telah dinaik taraf dan kini menyokong Bahasa Melayu.

Dalam masa yang sama, aplikasi mudah alih Proton Link juga telah dikemaskini ke versi 2.0, kini menawarkan pelbagai fungsi tambahan. Antaranya hidupkan enjin dan pendingin hawa dari jauh, kemas kini status kenderaan secara masa nyata, serta tempahan servis terus melalui aplikasi mudah alih.

Proton X50 2025 Tampil Rekaan Serba Baharu, Enjin Lebih Berkuasa
Sumber Gambar: Proton

Proton juga mengesahkan bahawa Apple CarPlay dan Android Auto akan disokong terus dari kilang.

Pakej keselamatan pada Proton X50 serba baharu 2025 turut menerima peningkatan, dengan sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) Tahap 2 mengikut piawaian SAE kini dilengkapi dengan sistem radar sisi belakang, di samping fungsi Auto Park Assist (APA) yang telah dipertingkatkan.

Bagi memudahkan lagi urusan parkir, sistem kamera pandangan sekeliling 360 darjah juga telah dinaik taraf, kini menampilkan ciri pandangan bawah kenderaan secara tembus pandang (transparent undercarriage view) bagi memberikan tahap ketelusan visual yang lebih tinggi ketika memandu di ruang sempit atau kawasan berhalangan rendah.

Proton dijangka akan melancarkan model ini dalam tiga varian; Executive, Premium dan Flagship sekitar Q3 2025 kelak.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan model baharu ini, bolehlah daftar minat di sini.