Sejak mula dilancarkan, Proton X70 tidak pernah lekang daripada tempahan Rakyat Malaysia. Rekabentuk yang menarik serta spesifikasi yang berbaloi antara yang membuatkan model ini menjadi pilihan pengguna.
Terbaru, bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-62, Proton telah melancarkan X70 edisi Merdeka dengan jumlah yang terhad iaitu 62 unit.
Melalui edisi Merdeka ini, cuma dua warna yang ditawarkan iaitu snow-white dan flame red. Selain itu, pengguna bakal turut menerima kemasan cat hitam pada bahagian bumbung. Visor pada pintu serta lambang edisi merdeka yang turut disertakan.
Seperti model X70 Premium, model ini turut dilengkapi dengan kemasan kulit Nappa, bumbung panoramic serta Advanced Driver Assistance Systems (ADAS).






Menurut CEO Proton, Dr. Li Churong, Proton X70 edisi Merdeka ini dihasilkan sebagai tanda cinta Proton terhadap kemerdekaan negara bersempena bulan kemerdekaan ini. Buat anda yang berminat, mungkin anda perlu membuat tempahan segera melihatkan kepada jumlah penawarannya yang sedikit.