Setelah pelbagai rundingan dibuat oleh Barisan Nasional (BN) melibatkan pelbagai parti politik, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob selaku pemimpin UMNO mengumumkan Dewan Tertinggi Barisan Nasional telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan membentuk kerajaan.
Merujuk kepada kenyataan yang dibat, BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) yang sekaligus membolehkan mereka membentuk kerajaan campuran.
Baca Juga:
- PRU15: Agong Perkenan Calon Perdana Menteri Dilanjutkan Sehingga 2 Petang Esok
- PRU15: Pihak Istana Sediakan Khemah, Makanan Dan Minuman Untuk Keselesaan Pengamal Media Bertugas
Alhamdulillah, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).
Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) November 22, 2022
Selain Dato’ Sri Ismail Sabri, ahli parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias turut mengesahkan tida surat akuan (SD) menyokong mana-mana individu sebagai calon Perdana Menteri Ke-10 ditandatangani hari ini.
Sebaliknya, BN memaklumkan bersetuju ntuk kekal sebagai pembangkang pasca PRU15 ini. Setakat artikel ditulis, masih belum diketahui sama ada Anwar Ibrahim atau Muhyiddin Yassin bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.