Menjadi pelakon selama lebih dua dekad membuatkan Zul Huzaimy dikenali ramai. Wataknya sebagai Spark dalam filem Remp-It masih lagi menjadi sebutan peminat meskipun sudah 16 tahun sejak mulai ditayangkan.
Terbaharu, Zul Huzaimy yang tampil berada sebuah pentas parti politik tampil dengan sebuah kenyataan mendakwa negara mungkin tidak benarkan azan serta meminta orang ramai berhati-hati dalam memilih parti politik.
Baca Juga:
- Penat Bersihkan Nama Mat Moto, Zul Huzaimy ‘Sekolahkan’ Haqiem Stopa Di Hadapan Peminat
- Bermula Dengan RM5, Lando Jadi Saksi Sebuah Hotwheels Berjaya Dibida Mencecah RM1,600
- PRU15: Berkelulusan Universiti Di Australia, Kelancaran Lando ‘Speaking English’ Kembali Tular
https://www.tiktok.com/@firdausfaizuallah_/video/7162467279467236634?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed
Kenyataan Zul Huzaimy yang dikongsikan di pentas parti politik ini didakwa ekstrem serta kurang disenangi oleh orang ramai. Malah, para netizen turut memberi respon terhadap isu yang berlaku khususnya selepas mengaitkan isu azan tidak lagi kedengaran dengan pemilihan parti politik.

Menurut para netizen, terlalu mudah untuk Zul Huzaimy mengucapkan sesuatu yang salah serta memilih untuk membuat permohonan maaf. Selain itu, terdapat juga netizen yang berpendapat beliau seharusnya menggunakan perkataan yang sesuai sewaktu di pentas ceramah politik.
Sehubungan dengan itu, Zul Huzaimy menerusi perkongsian terbaru di Instagram tampil membuat permohonan maaf atas kenyataan yang dibuat.
Dalam pada itu, beliau turut mengatakan terdapat pihak yang sengaja memuat naik perkongsian beliau yang tidak penuh serta membuatkan orang ramai salah anggap.
Sebelum ini, Zul Huzaimy pernah menjadi perhatian ramai selepas beliau memaklumkan penat membersihkan nama Mat Moto sebelum kedatangan Haqiem Stopa dalam industri permotoran.