Tiada mana-mana parti berjaya memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada keseluruhan jumlah 219 kerusi dipertandingkan bagi peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Melihat kepada keputusan undi, pastinya kempen sebelum pilihanraya berjalan menjadi antara faktor untuk mereka meraih undi. Terbaharu, pengguna Twitter @richardker telah memuat naik satu pandangan peribadi mengatakan bahawa TikTok merupakan alat kempen terbaik pilihan raya.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkongsian yang dibuatnya itu telah meraih perhatian orang ramai terutama sekali rakyat Malaysia dan segelintir netizen mempersoalkan serta bertanya jika dia mempunyai data kajian berhubung perkara tersebut.

Malah, ada juga netizen bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Richard itu dan mengatakan pada saat akhir dapat dilihat banyak kempen Perikatan Nasional berlegar-legar di FYP TikTok.

TikTok merupakan alat yang sesuai untuk menyampaikan mesej dalam bentuk video dan semestinya mesej perlulah padat serta ringkas agar dapat menarik perhatian orang ramai.

Tidak hanya itu, pelbagai isu dibawa untuk mempengaruhi fikiran ramai orang dan TikTok dilihat sebagai satu alat yang cukup berkesan. Lihat sahaja bagaimana beberapa kedai makan di Bukit Bintang selepas FYP video hype makanan-makanan di sana lalu mencetuskan fenomena sehingga menerima kunjungan pelanggan tanpa henti.

Sekadar makluman, Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi, setakat 4.30 pagi apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan keputusan bagi 219 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.