PSG juara UCL musim ini dan menamatkan penantian sejak 55 tahun kelab itu ditubuhkan. PSG jelas sekali hanya satu satunya pasukan yang benar benar beraksi dalam final ini.

Inter Milan boleh dikatakan tidak dapat berbuat apa apa dalam final ini.

Separuh masa pertama

PSG mendahului dengan 2 gol awal dalam aksi final di Munich. Pertamanya menerusi gol minit kedua oleh bekas pemain Inter sendiri iaitu Achraf Hakimi.

Pemain antarabangsa Maghribi  itu tidak mahu meraikan golnya tanda menghormati kelab lamanya.

Hakimi

Pada minit ke-20, gawang Inter bocor lagi selepas beberapa aksi gugup merekka sepanjang 20 minit pertama. Kali ini pemain muda Desire Doue memahatkan namanya dalam senarai penjaring final UCL.

Sebagai tambahan, dia turut mencipta assist untuk gol pertama Achraf Hakimi.

Desire Doue PSG

Inter bergelut untuk mencipta peluang gol, dengan PSG mendominasi separuh masa pertama. Inter bergantung kepada situasi bola mati untuk mencipta peluang gol.

PSG dengan gembira memastikan pendahuluan 2 gol ketika menuju bilik rehat.

Separuh masa kedua: PSG juara UCL dengan aksi bertenaga

Pada separuh masa kedua, PSG terus menghancurkan Inter dengan tiga lagi gol.

Desire Doue sekali lagi mencetak gol pada minit ke-64. Dia menerima hantaran Ousmane Dembele. Doue kini mencetak 2 gol dan 1 assist dalam final UCL 2024/25.

Minit ke-72, bekas pemain Napoli, Kvaratskhelia pula menjadikan kedudukan 4-0 dan sekaligus membunuh sisa sisa perjuangan Inter Milan. Dembele sekali lagi memainkan peranan pentingnya dalam playmaking untuk gol PSG.

Kvaratskhelia

PSG terus mengaibkan Inter Milan dengan gol kelima menerusi seorang lagi pemain muda, Mayulu, yang masuk sebagai pemain gantian. Dia mencetak gol kelimat PSG pada minit ke-87.

PSG juara UCL 2024/25, satu musim terbaik dalam sejarah kelab itu.

Ini adalah kejuaraan UCL pertama PSG. Ianya menjadi sasaran utama PSG setiap musim sejak era pemilikan Qatar di kelab tersebut. Sudah ramai pengurus dipecat hanya kerana gagal membawa UCL ke Paris.

Kerana PSG tidak pernah menjadikan kejuaraan domestik sebagai penanda aras kejayaan kelab mereka.

Tindakan PSG memberikan peluang kepada Luis Enrique ternyata tepat apabila bekas juara UCL bersama Barca itu kali ini membimbing PSG menjuarai UCL.

Inter Milan kalah dalam 2 final UCL terakhir mereka berturut-turut.