Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan semakin hampir mendapatkan khidmat penjaga gol Jepun, Zion Suzuki selepas mengemukakan tawaran rasmi bernilai €33 juta (sekitar RM160 juta) kepada Parma.

Jika perpindahan itu menjadi kenyataan, Zion Suzuki bakal menjadi penjaga gol Asia termahal dalam sejarah.

Menurut laporan, PSG kini berada di hadapan berbanding Juventus dalam perebutan tandatangan penjaga gol berusia 23 tahun itu.

Juventus antara kelab elit lain yang berminat dengan penjaga gol kebangsaan Jepun itu.

Namun PSG tidak berlengah, mereka sudah mengemukakan bidaan rasmi untuk mendapatkan Zion Suzuki.

Parma dikatakan bersedia meneruskan rundingan selepas menerima tawaran tersebut, manakala pihak PSG turut membentangkan pelan jangka panjang mereka kepada Suzuki.

Suzuki mencuri perhatian selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Jepun di Piala Dunia 2026, sekali gus melonjakkan nilainya di pasaran perpindahan.

Persembahannya menyebabkan beberapa kelab elit Eropah mula memantau situasinya, namun PSG bertindak pantas dengan mengemukakan bidaan rasmi terlebih dahulu.

Nampaknya PSG benar benar mahukan seorang lagi pemain Asia dalam skuad mereka. Setelah mereka melepaskan Lee Kang In ke Atletico Madrid.

Zion Suzuki mulai menjadi nama yang mendapat perhatian dunia setelah dia berjaya beraksi cemerlang di kempen Kelayakan Piala Dunia 2026.

Zion Suzuki terus memahatkan statusnya sebagai penjaga gol utama Jepun Pada Piala Dunia 2026 baru baru ini.