Jenama sukan terkemuka dari Jerman, Puma mengambil keputusan untuk menamatkan semua jenis kerjasama dengan skuad kebangsaan Israel.

Menurut ketua komunikasi jenama tersebut iaitu Kerstin Neuber, keputusan tersebut diambil pada tahun lalu, jauh sebelum konflik perang antara Israel dan Hamas yang berlaku ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Keputusan ini diambil oleh kami atas sebab perniagaan. Tiada perkara lain,” kata Kerstin.

Israel
Sumber Gambar: AP Photo/Denes Erdos

Puma berdepan dengan gesaan dari pengguna untuk memboikot berhubung kontraknya dengan Persatuan Bola Sepak Israel (IFA). Keputusan itu dibuat pada penghujung 2022 apabila syarikat itu memutuskan untuk melaksanakan strategi yang diberi nama fewer-bigger-better dan menerapkan strategi itu pada kempen pemasarannya.

Perubahan dibuat selepas semakan dalam senarai pasukan kebangsaan yang ditaja oleh syarikat berdasarkan faktor komersial dan penyertaan dalam kejohanan utama antarabangsa.

“Kami telah menandatangani kontrak dengan dua pasukan kebangsaan baharu yang akan kami umumkan pada 2024. Kontrak dengan beberapa pasukan seperti Serbia dan Israel akan tamat pada 2024.

“Keputusan ini diambil selaras dengan garis masa biasa untuk reka bentuk dan pembangunan jersi pasukan,” tambah Kerstin.

Dunia bola sepak tidak boleh lari dari isu perang antara Hamas yang mempertahankan Palestine dan Israel ini dimana beberapa pemain ternama dunia menyatakan sokongan mereka kepada rakyat Palestine.

Bekas penyerang skuad kebangsaan Perancis, Karim Benzema mendapat kritikan hebat susulam beliau secara terbuka memberikan sokongan terhadap Palestine.

Menerusi laman media sosial miliknya, Benzema menulis beliau mendoakan agar semua mangsa pencerobohan regim Zionis diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan yang dihadapi ketika ini.

Perkara ini nyata tidak disenangi oleh beberapa pihak terutamanya bekas penjaga gol Israel iaitu Dudu Aouate dimana beliau mengkritik tindakan Benzema.

Aouate pernah beraksi dalam saingan La Liga selama 11 musim bersama Racing Santander, Deportivo La Coruna dan Real Mallorca. Penjaga gol itu kemudiannya membalas mesej Benzema dengan kata-kata kasar yang mana beliau menggunakan lima bahasa berbeza untuk memaki bekas pemain Real Madrid itu.

Selain Benzema, beberapa pemain lain turut memberikan sokongan terhadap Palestine seperti Mouctar Diakhaby, Hakim Ziyech, Mohamed Elneny, Ahmed Abdel Kader, Musa Al-Taamari, Zakaria Aboukhlal, Aliou Dieng dan Nassir Mazraoui.