Pengurus CA Osasuna, Alessio Lisci CA Osasuna menjelaskan dengan sangat baik isu-isu dalam bola sepak Itali, isu dari akademi remaja hingga sistem permainan — termasuk bagaimana pasukan kini bermain tanpa pemain sayap yang berkualiti.

Lisci berkata: “Di Itali, perkara ini banyak dibincangkan. Apa yang saya boleh katakan ialah jika negara seperti negara saya, Itali, yang secara sejarahnya antara pasukan kebangsaan terbaik di dunia, sudah tiga kali berturut-turut gagal layak ke Piala Dunia FIFA, itu adalah satu masalah besar — sangat besar.

Beliau menjelaskan 4 sebab kegagalan bola sepak Itali.

1. Terlalu ramai pemain asing di Serie A

Menurut Licci, Liga Itali memiliki terlalu ramai pemain asing dan mengurangkan peluang pemain pemain tempatan terutama sekali pemain muda.

Dia berkata: “Kita perlu berhenti seketika dan ubah banyak perkara. Saya tak mahu cakap apa yang perlu diubah… tetapi jelas bahawa liga Itali berada pada tahap tinggi, namun dalam kalangan lima liga terbaik, dan ia adalah liga yang paling ramai pemain asing.”

2. Pemain remaja tidak dimanfaatkan

Bukan sahaja di peringkat liga, malah di peringkat akademi turut ramai pemain asing, terutama akademi kelab elit.

Kesannya, pemain pemain muda Itali sukar untuk mendapatkan tempat.

Licci menambah: “Akademi remaja juga dipenuhi pemain asing, terutamanya yang besar. Itu satu masalah.

“Tiada pasukan simpanan (reserve teams), itu juga masalah. Banyak perkara sebenarnya yang rosak.”

3. Sistem permainan

Licci turut berpendapat bahawa di Itali, terlalu banyak kelab obses dengan sistem 3-5-2 yang berasaskan wingback. Ini telah menghalang pembangunan bakat pemain sayap serangan yang lincah dan berkeupayaan menewaskan lawan dalam situasi 1 lawan 1 seperti Lamine Yamal.

Licci menjelaskan: “Kemudian sistem permainan yang kebanyakan pasukan guna ialah 3-5-2, dan ini menyebabkan pemain sayap tidak lagi wujud. Serta tiada pemain yang mampu melakukan aksi satu lawan satu.

“Di Itali, tiada pemain yang mampu buat seperti Lamine Yamal lakukan di UEFA Euro 2024 untuk membuka perlawanan.

“Banyak perkara ini bukan berlaku setahun dua — ia terkumpul sejak tiga edisi Piala Dunia lepas, dan itu tempoh yang lama. Untuk berubah, perlukan masa dan kesabaran.

4. Dikaburi kejayaan Euro

Kejayaan Euro yang lalu antara sebab yaang mengaburi mata pengurusan bola sepak Itali.

Mereka berpendapat bola sepak Itali sudah berada di landasan tepat. Tanpa memikirkan transisi dan pembangunan daripada kejayaan itu.

Bagi Licci: “Apa masalahnya? Bila Euro datang, Itali tetap mahu menang seperti dulu… sedangkan mereka sudah bertahun-tahun gagal layak ke Piala Dunia.

“Saya harap struktur akan berubah dan mereka cuba lakukan sesuatu — dan selepas itu, bersabar.”