Tular satu klip video rakaman dashcam dimuat naik Facebook Ong Zhi Zhiang berdurasi 44 saat menunjukkan sekumpulan geng motosikal menggunakan lorong kereta di plaza tol.
Apabila memasuki lorong SmartTag, penunggang motosikal paling hadapan sekali menolak palang sehingga patah untuk melepas plaza tol tersebut.
Tindakan itu mengundang rasa marah netizen terhadap geng motosikal terbabit.
Tambah netizen, gara-gara perangai buruk sekumpulan geng motosikal seperti mereka, telah menyebabkan orang ramai skeptikal terhadap penunggang motosikal yang lain.
Pada masa sama netizen menjelaskan inilah juga punca pihak berkuasa sering membuat sekatan jalan raya setiap kali acara melibatkan motosikal dianjurkan.
Ada netizen berkata dapat salah satu nombor plat motosikal terbabit, pasti satu kumpulan itu dapat ditangkap.
Bagaimanapun pandangan itu disangkal netizen lain kerana apabila nombor plat yang terakam pada rakaman dashcam kereta di belakang geng motosikal itu terlalu kecil dan langsung tidak nampak.
Pada masa sama netizen berharap pihak konsensi tol dapat menangkap geng moto menerusi rakaman CCTV yang ada pada plaza tol tersebut.