Pengasas dan Penasihat Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR), Jamil Manan Supri menyatakan sikap pengguna jalan raya yang enggan mencuba laluan alternatif, yang menjadi punca utama kesesakan melampau setiap kali musim perayaan.

Memetik Harian Metro, ramai enggan menggunakan laluan alternatif kerana kekurangan maklumat seperti keadaan jalan, tempoh perjalanan, lokasi hentian rehat dan tahap keselamatan laluan tersebut.

Baca Juga:

“Walaupun sesak, pengguna rasa lebih yakin dan selamat di lebuh raya kerana ia lebih dikenali.

“Sedangkan laluan alternatif dianggap memenatkan, lebih jauh atau bagi sesetengah jalan alternatif terpaksa melalui kawasan yang sunyi dan kurang selamat.

'Tak Nak Guna Laluan Alternatif Punca Utama Kesesakan Melampau Waktu Perayaan' – Pakar
Sumber Gambar: Nazirul Roselan via Facebook BERNAMA

“Kebanyakan pengguna tidak didedahkan dengan maklumat laluan alternatif, atau mereka sendiri tidak ambil inisiatif mencarinya. Malah ada laluan yang tidak diselenggara dengan baik dan tidak mempunyai papan tanda yang jelas,” katanya.

Memetik laporan itu lagi, pengguna mengelak untuk menggunakan laluan alternatif kerana ia tidak menghubungkan secara langsung ke destinasi utama.

Bina lebih banyak lebuh raya bukan solusi kesesakan waktu perayaan
'Tak Nak Guna Laluan Alternatif Punca Utama Kesesakan Melampau Waktu Perayaan' – Pakar
Sumber Gambar: Nazirul Roselan via Facebook BERNAMA

Dalam pada itu, PPKJR berpendapat bahawa membina lebih banyak lebuh raya bukanlah jawapan jangka panjang kepada masalah kesesakan.

Jelasnya lagi, penggunaan pengangkutan awam merupakan salah satu cara untuk mengurangkan kesesakan yang kian meruncing.

Namun, oleh sebab mutu perkhidmatan yang masih belum memuaskan menyebabkan orang ramai memilih untuk membawa kenderaan sendiri untuk pulang ke kampung halaman walaupun terpaksa menempuh kesesakan.

'Tak Nak Guna Laluan Alternatif Punca Utama Kesesakan Melampau Waktu Perayaan' – Pakar
Sumber Gambar: Nazirul Roselan via Facebook BERNAMA

“Setakat ini, hanya kawasan tertentu sahaja yang mempunyai capaian bas dan rel. Jadual pula tidak konsisten. Konsortium mungkin janjikan kekerapan tinggi, tetapi realitinya bas sering lewat menyebabkan pengguna hilang kepercayaan.

“Sistem sambungan selepas pengguna turun dari pengangkutan utama seperti kereta api atau bas ekspres juga tidak efisien, menyebabkan pengguna lebih selesa memandu kenderaan sendiri sehingga membebankan lebuh raya.

“Jika tiada langkah menyeluruh diambil pihak berkaitan, senario ini akan terus berulang dan rakyat akan terus membazir masa dan tenaga dalam kesesakan jalan raya setiap kali musim perayaan,” katanya lagi.

Sumber