Pundit bola sepak Vietnam, Quang Huy berpendapat bahawa keupayaan skuad bola sepak Malaysia berada dalam keadaan yang cukup kuat dengan kehadiran barisan pemain warisan terbaharu.

Dengan kehadiran Facundo Garces,  Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Imanol Machuca dan Rodrigo Holgago, skuad negara beraksi dengan cukup cemerlang untuk membelasah anak buah Kim Sang-sik itu dengan keputusan 4-0.

Baca Juga:

Kemenangan yang sekali gus menamatkan penantian 11 tahun tanpa sebarang kemenangan dinikmati skuad Harimau Malaya ketika berhadapan Vietnam.

Vietnam
Kredit Foto: Malaysia NT

Figueiredo dan Holgado masing-masing menjaringkan satu gol untuk membuka akaun jaringan bersama skuad negara manakala dua gol lagi turut dihasilkan oleh pemain warisan iaitu La’vere Corbin-Ong dan Dion Cools.

Menurut sumber laporan BolaSport Indonesia, pengulas bola sepak veteran Vietnam itu mengakui skuad negara pada ketika ini sangat kuat dan dapat membuatkan Indonesia berada keadaan sukar.

Vietnam Jadi Mangsa Amukan Malaysia

“Saya benar-benar tidak dapat menjangkakan pasukan saya (merujuk kepada Vietnam) akan tewas sebegini,” ujar Quang Huy.

“Saya katakan bahawa keputusan seri itu sangat bertuah, dan jika ia berakhir seri, saya cenderung kepada keputusan seri yang bermakna kedua-dua pasukan akan berada dalam kebuntuan.”

“Namun, dalam hati saya, saya rasa  sekiranya kekalahan dengan perbezaan tipis itu masih boleh diterima kerana saya sudah membayangkan kekuatan Malaysia yang sangat hebat.”

Vietnam
Kredit Foto: Galeri Sepakbola Indonesia Online

“Mereka mempunyai pemain yang dinaturalisasikan dengan cepat, pemain yang benar-benar ‘superstar’ seperti pemain dari Argentina, Brazil, Sepanyol dan beberapa negara Eropah lain.”

“Jika Malaysia melawan Indonesia, saya merasa Indonesia tidak akan mampu bersaing. Malaysia memiliki pemain yang lebih baik dan bermain bola sepak sangat lancar, dengan gaya Eropah,” tambah beliau lagi.