Banyak lokasi terkemuka dunia sering menjadi ‘lubuk emas’ buat penyeluk saku kerana para pelancong yang datang tempat-tempat tumpuan ramai.
Baru-baru ini pengguna TikTok @izz_akrm berkongsi rakaman pengalamannya hampir jadi mangsa penyeluk saku berkumpulan semasa bercuti di kota London. Aksi penyeluk saku itu dirakam pada kamera yang dipegang oleh rakannya yang berada di hadapan
Baca Juga:
- Pelancong Ini Secara Tidak Sengaja Rakam Aksi Penyeluk Saku Wanita Di London
- Lihat Betapa Kemasnya Penyeluk Saku Profesional ‘Buat Kerja’ Di Paris
- Paris ‘Kota Cinta’ Yang Memperdaya Dan Indah Khabar Daripada Rupa
Rakaman video itu telah mendapat 1.9 juta kali tontonan dan hampir 3,000 komen daripada pengguna TikTok yang lain. Ramai yang terkejut apabila melihat betapa beraninya penyeluk saku terbabit membuat perkara tersebut secara terbuka di hadapan khayalak ramai.
@izz_akrm Kena Pick pocket dekat London. 🤦🏻♂️🤦🏻♂️🤦🏻♂️ #travelwithizz #izzgrouptiktok
Orang ramai menyatakan penyeluk saku tersebut bukan bertindak keseorangan, mereka melakukan secara berkumpulan untuk menjalankan ‘kerja’ mereka.
Dalam video itu kelihatan ada beberapa ‘anggota penyeluk saku’ berjalan menghampiri belakang mangsa sambil salah seorangnya cuba membuka zip beg silang yang dipakai @izz_akrm.
Kemudian penyeluk saku itu sekali lagi cuba mengambil barang di dalam beg silang tersebut. Bagaimanapun kali ini disedari oleh @izz_akrm dan dia segera menanya kepada penyeluk saku berkenaan apa yang dia lakukan.
Penyeluk saku itu segera pura-pura marah apabila dituduh, kemudian melarikan diri daripada @izz_akrm dan rakannya apabila ‘operasi’ mereka sudah terkantoi.


https://twitter.com/whoisafiq/status/1631903528292851713?s=20
Wow, even if you wear your bag sling to the front these pickpockets can still access?? Dang really need to get one of those Travelon or Pacsafe bags if I ever go Europe. https://t.co/HJLmOClbgo
— JJ • 💙 YS & JC-T 💛• Seoul in Oct! • (@artofyesung) March 4, 2023
Camni rupanya dorang curi. First bukak. Second bru try sauk. Kalau kantoi pura pura marah jskskdkdhs https://t.co/6agh7lemWe
— sofea rozaidi 🍉 (@sofearozaidi_) March 4, 2023
Kata netizen, jika berada di tempat orang lebih baik jangan berpakaian seperti seorang pelancong yang ‘kaya’ dan ‘menonjol’ kerana ia sangat menarik perhatian geng-geng penyeluk saku untuk menjadi mangsa mereka.
Netizen turut mencadangkan agar orang ramai yang ingin melancong untuk meletakkan barang-barang peribadi di dalam jaket dan sentiasa check poket untuk memastikan kesemua barangan peribadi selamat.