Banyak lokasi terkemuka dunia sering menjadi ‘lubuk emas’ buat penyeluk saku kerana para pelancong yang datang tempat-tempat tumpuan ramai.

Baru-baru ini pengguna TikTok @izz_akrm berkongsi rakaman pengalamannya hampir jadi mangsa penyeluk saku berkumpulan semasa bercuti di kota London. Aksi penyeluk saku itu dirakam pada kamera yang dipegang oleh rakannya yang berada di hadapan

Baca Juga:

Rakaman video itu telah mendapat 1.9 juta kali tontonan dan hampir 3,000 komen daripada pengguna TikTok yang lain. Ramai yang terkejut apabila melihat betapa beraninya penyeluk saku terbabit membuat perkara tersebut secara terbuka di hadapan khayalak ramai.

@izz_akrm

Kena Pick pocket dekat London. 🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️🤦🏻‍♂️ #travelwithizz #izzgrouptiktok

♬ original sound – Izz_akrm – Izz_akrm

Orang ramai menyatakan penyeluk saku tersebut bukan bertindak keseorangan, mereka melakukan secara berkumpulan untuk menjalankan ‘kerja’ mereka.

Dalam video itu kelihatan ada beberapa ‘anggota penyeluk saku’ berjalan menghampiri belakang mangsa sambil salah seorangnya cuba membuka zip beg silang yang dipakai @izz_akrm.

Kemudian penyeluk saku itu sekali lagi cuba mengambil barang di dalam beg silang tersebut. Bagaimanapun kali ini disedari oleh @izz_akrm dan dia segera menanya kepada penyeluk saku berkenaan apa yang dia lakukan.

Penyeluk saku itu segera pura-pura marah apabila dituduh, kemudian melarikan diri daripada @izz_akrm dan rakannya apabila ‘operasi’ mereka sudah terkantoi.

Sumber Gambar: TikTok @izz_akrm
Sumber Gambar: TikTok @izz_akrm

https://twitter.com/whoisafiq/status/1631903528292851713?s=20

Kata netizen, jika berada di tempat orang lebih baik jangan berpakaian seperti seorang pelancong yang ‘kaya’ dan ‘menonjol’ kerana ia sangat menarik perhatian geng-geng penyeluk saku untuk menjadi mangsa mereka.

Netizen turut mencadangkan agar orang ramai yang ingin melancong untuk meletakkan barang-barang peribadi di dalam jaket dan sentiasa check poket untuk memastikan kesemua barangan peribadi selamat.