Saban hari kita melihat di media sosial melihat warga tempatan sendiri yang berharap boleh berpindah ke luar negara kerana menyangka di luar sana jauh lebih baik.

Namun, hantaran seorang wanita yang sudah berkelana ke sejumlah negara mendakwa dia sudah melihat apa yang orang lain mungkin tak berkesempatan dan timbul rasa syukur dengan kesejahteraan negara Malaysia mungkin ramai terlepas pandang selama ini.

'Sejak Kerap Travel Luar Negara Rasa Tak Sanggup Nak Kutuk Negara Sendiri' - Warga Malaysia
Sumber Gambar: Good Housekeeping

Wanita tempatan itu memuat naik pendapatnya menerusi Threads yang mana percaya negara kita jauh lebih baik dalam pelbagai aspek.

“Sejak kerap travelling overseas rasa tak sanggup nk kutuk negara sendiri. Harga minyak? Fasiliti pendidikan? Kesihatan? Ketamadunan? Kita jauh lebih baik daripada kebanyakan negara beb.

Hantaran wanita itu telah meraih perhatian netizen dan rata-rata yang pernah merantau ke luar negara turut bersetuju dengan kenyataan yang dikongsikan.

“Setuju, org cakap Europe best sebab education free, tapi dia tak tau tax sana berapa.. 21-40% .. sebab tu la free..tapi gaji dorang memang sangat tinggi compare dgn kita..still sis rasa Malaysia tetap paling best,” kata seorang netizen lain.

“Sudah pergi hampir 40 negara tapi saya memang bersyukur duduk malaysia sebab semua benda murah, minyak pon murah jika nak banding dengan indonesia or thailand, apetah lagi dgn europe, makanan jangan cakap la, sedap & murah. So bersyukur la korang semua duduk Malaysia,”ujar seorang seorang netizen lagi.

Sangat setuju. Malaysia ni sangat best sebenarnya. Still mampu milik, makanan… jangan cerita, variety and sedap nak mati, nature … kita miliki antara benda yang best, dari gunung ke pantai ke pulau. Apa yang kita perlukan hanyalah menerokai dengan tenang dalam malaysia, nikmati and nikmati momen indah,” luah seorang lagi.

“Saya sudah melancong ke Australia, Indonesia, Thailand, Korea & Arab. tetaplah malaysia best. bersyukur sangat. negara kita ni nak katakan semua benda ada, semua benda senang nak dapat.

Ada yang menyoal jika kalau wanita itu hanya sekadar ke negara yang mundur dan kurang terkenal sahaja tetapi jawabnya sudah pergi dari negara yang serba maju sehingga negara mundur sekalipun.

Oleh itu, ada yang berterima kasih kepada wanita kerana menceritakan sisi positif tentang Malaysia walaupun sudah merantau ke sejumlah negara di dunia kerana sudah selalu sangat melihat hinaan atau kutukan warga tempatan sendiri sebaik pulang dari negara lain.