Isu pusat beli belah ‘mati’ dan ‘jadi tempat jin bertendang’ bukanlah satu isu baharu yang dihadapi oleh pemaju atau pengurusan bangunan. Dengan lambakan pusat beli belah yang ada di Kuala Lumpur, sudah pasti akan ada yang tertinggal atau tidak didatangi orang.

Melalui sebuah video milik pengguna TikTok @oyadays yang dimuat naik oleh halaman Rizal Hashim di laman Instagram, kelihatan sebuah pusat beli belah di tengah Kuala Lumpur yang kini menjadi mangsa kepada ketandusan pengunjung sehingga ia memberi kepada peniaga yang membuka premis di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam video berdurasi beberapa saat tersebut, kelihatan pusat beli belah itu sunyi dengan kebanyakan kedai masih tertutup. Selain itu, di bahagian lain pula kelihatan suasana yang sama dengan rasa sunyi dan tiada orang akibat daripada ketiadaan pengunjung dan premis yang tidak dibuka.

“GLO Damansara Mall. Satu lagi Shopping Mall yang nampaknya struggle untuk survive. Kat sini banyak Shopping Mall dan orang paling suka pi 1Utama. pastu ada The Curve/IPC Ikano/Lotus/IKEA Damansara, Starling Mall, Atria Damansara, 3 Damansara Mall, semuanya dalam kawasan sama.

“Pastu tak jauh dari situ ada lagi beberapa shopping mall besar dan terkenal antaranya Sunway Pyramid, Tropicana Gardens Mall, Paradigm Mall, Subang Parade, Nu Empire, Jaya Shopping Mall dll…,” katanya di bahagian kapsyen.

Video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dengan kebanyakan mereka menyalahkan pihak pemaju yang rakus membina pusat beli belah sedangkang Kuala Lumpur kini sedang menghadapi lambakan pusat beli yang tidak terkira bilangannya.

Selain itu, mereka juga mendakwa bahawa pusat beli belah tidak lagi relevan pada zaman di mana semua orang boleh membeli di atas talian sahaja.