Akhirnya kes saman Puteri Sarah Liyana terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya berhubung ‘gangguan orang ketiga’ telah diselesaikan secara baik di luar mahkamah hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, peguam pelakon itu, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff berkata, perkara itu dimaklumkan ketika pengurusan kes di hadapan Hakim Norakhmar Mohd Sani.

Baca Juga:

Menurutnya, mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan dicapai antara Puteri Sarah, 38, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin selaku plaintif dengan Ira Kazar atau Faghira Fatini Kazaruddin, 28, selaku defendan.

“Mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan pihak-pihak (Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar) pada hari ini di mana mereka menyelesaikan kes secara damai di luar mahkamah.

“Ada perkara yang sulit untuk didedahkan, jadi kes ini diselesaikan secara baik. Kes selesai. Saya mewakili Puteri Sarah selaku plaintif, manakala Ira Kazar sebagai defendan diwakili peguam, Ammar Ghalip,” katanya.

Pada Jun tahun lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita yang didakwa kekasih (ketika itu) Syamsul, Ira Kazar.

Tindakan itu dibuat selepas hampir empat tahun menahan sabar dan menanggung derita, dia akhirnya bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang.

Sumber