Puteri Sarah kecewa ramai pihak cuba mencari salahnya dan menuduh dia meletakkan kepala dia di bahu Andi Arsyil secara langsung.
Dalam satu video TikTok yang tular sebelum ini, Puteri Sarah yang sebak ketika itu telah berpaling dan dilihat menangis di atas bahu Andi Arsyil.
Baca Juga:
- Puteri Sarah Liyana Sebak Dan Menangis Di Bahu Andi
- Syamsul Yusof Beri ‘Green Light’, Puteri Sarah Nekad Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar
- ‘No Turning Back’ – Puteri Sarah Minta Doakan Beliau Cepat Dapat Jodoh
Puteri Sarah telah berkawaan rapat dengan Andi Arsyil dalam beberapa bulan terakhir. Terutama sekali selepas dia sah bercerai dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof.
Hubungan mesra mereka bukan rahsia lagi. Namun Puteri Sarah menegaskan bahawa dia masih waras untuk menjaga batas antara mereka.
Puteri Sarah menyatakan sebenarnya tiada sentuhan pun antara mereka pada masa itu. Mungkin hanya kerana sudut pandangan kamera yang menampakkan seolah olah Puteri Sarah sedang meletakkan kepala di atas bahu Andi.
Selebriti asal Indonesia, Andi Arsyil ketika itu menyuruh Sarah memaafkan terlebih dahulu mereka yang selalu memberikan komen negatif kepadanya.
Puteri Sarah kelihatan agak serba salah akhirnya menitiskan air matanya.
@hannankhaira_ #π€π€π€π€π€π€π€π€ #π€π·_storyπ€ #andiarsyil #puterisarahliyana #2024 #fyppppppppppppppppppppppp #lover #π€π·_storyπ€
Ramai yang kurang senang dengan tindakan Puteri Sarah. Memandangkan kedua duanya masih belum ada apa apa hubungan yang halal.
Puteri Sarah menyatakan dia masih menjaga batas pergaulan mereka antara lelaki perempuan bukan mahram katanya dengan nada kesal.
Dia cuma memalingkan mukanya sahaja pada masa itu dan tidak meletakkan langsung kepalanya di bahu Andi Arsyil.
Dipetik dari Beautiful Nara, Puteri Sarah berkata: “Saya tahu ramai yang ingin mencari silap saya. Ada saja yang tak kena di mata mereka.”
“Janganlah asyik nak cari salah saja. Boleh fikir secara logik takkanlah saya nak letakkan kepala di bahu lelaki yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ketika live,” tegas beliau lagi.