Sekilas pandang, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa bangunan berbentuk seperti kapal angkasa ini merupakan sebuah masjid. Masjid dengan reka bentuk yang futuristik ini terletak di Bandar Pendidikan, Qatar. Yang uniknya, masjid ini tidak memiliki kubah seperti kebanyakkan masjid lain, tetapi mempunyai dua menara tinggi ke udara dan ianya condong menghala ke Mekkah, iaitu sebagai simbolik penanda arah kiblat untuk umat Islam di seluruh dunia.

1
Gambar: Chantelle D’mello

Masjid ini turut memiliki lima tiang utama yang mewakili rukun Islam serta terdapat empat aliran air mewakili empat sungai di syurga iaitu air, arak , susu dan madu. Manakala di bahagian tengah masjid ini pula dihiasi dengan seni khat ayat suci Al-Quran yang diperbuat daripada emas.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Pada bahagian dalam, ruang solat antara lelaki dan perempuan pula diasingkan. Lelaki di tingkat bawah, dan wanita di tinggkat atas. Selain itu terdapat juga pameran galeri untuk pengunjung yang datang ke sini.

Tambah unik, siling di dalam masjid ini menggunakan cahaya matahari sebagai sumber pencahayaan, ianya memiliki lubang-lubang berbentuk segi tiga dengan saiz yang berbeza. Bagi para jemaah yang solat di dalamnya, ia seolah-olah mereka sedang solat di bawah ribuan bintang! Tidak hanya cantik, masjid ini mampu menampung jemaah seramai 1,800 orang sekaligus dalam satu-satu masa.

2
Gambar: Chantelle D’mello
3
Gambar: Chantelle D’mello
5
Gambar: Chantelle D’mello
6
Gambar: Chantelle D’mello
7
Gambar: Chantelle D’mello

Siapa sangka, negara yang dulu dikenali sebagai negara padang pasir ini mampu membangun sehebat ini. Walaupun Qatar hanyalah sebuah negara kecil dihimpit negara besar seperti Oman, Arab Saudi, Iran dan UAE, kini ia adalah sebuah negara kaya dan memiliki banyak bangunan yang cantik-cantik.

Qatar bukan lagi seperti Qatar ketika puluhan tahun yang lalu, ianya satu tajdid dan pembaharuan yang sangat mengagumkan.

BACA JUGA: Inilah Masjid Saddam Hussein Yang Tidak Sempat Siap Dibina