Kerajaan Qatar yang bakal menjadi hos Piala Dunia FIFA tahun hadapan bertindak untuk merampas dan menghalang jualan permainan kanak-kanak dengan warna pelangi kerana ia bertentangan dengan ‘nilai keislaman’ di negara yang menentang homoseksual.
“Pihak berkuasa turut merampas permainan kanak-kanak yang mengandungi slogan bertentangan dengan nilai Islam seperti bola getah dan permainan lain dengan warna pelangi.
“Pihak kementerian menggesa semua penduduk melaporkan sebarang penjualan produk yang menggunakan logo atau rekaan yang bertentangan dengan tradisi di negara ini,” tulis Kementerian Perdagangan dan Industri Qatar di Twitter.
نفذت وزارة #التجارة_والصناعة حملات تفتيشية على عدد من المحال التجارية في مناطق مختلفة بالدولة، وأسفرت الحملات عن ضبط وتحرير عدداً من المخالفات، تمثلت في لعب أطفال تحمل شعارات مخلّة بالقيم الإسلامية والعادات والتقاليد.#قطر pic.twitter.com/4JpwpMpR9v
— وزارة التجارة والصناعة (@MOCIQatar) December 20, 2021
Isu ini menjadi hangat selepas ia bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris pada November lalu di mana mereka memberi jaminan penyokong LGBT dialu-alukan untuk ke negara berkenaan bagi menyaksikan Piala Dunia.
Qatar dilaporkan akan ‘berlembut’ dalam isu LGBT ketika Piala Dunia di mana bendera pelangi dibenarkan untuk dikibar dalam stadium. Namun, sebarang aktiviti homoseksual kekal haram di negara tersebut.
Sebelum ini juga Qatar pernah dilanda kontroversi kerana didakwa memberi layanan buruk terhadap pekerja asing yang terlibat dalam pembinaan stadium dan persiapan Piala Dunia 2022. Kerajaan Qatar bagaimanapun telah menafikan dakwaan tersebut.
Sebelum ini, lagu kumpulan Bunkface diharamkan di YouTube kerana mesej lantang mereka melawan LGBT. baca lagi pada pautan di bawah.
Qatar Alu Alukan Puak LGBTQ Ke Piala Dunia 2022 Dan Boleh Kibarkan Bendera Pelangi
Wanita AS Dihalau Oleh Kerajaan Indonesia Kerana Sebar ‘Ajaran’ LGBT Di Bali