Perjalanan untuk sekuel kedua ini tampaknya tidak begitu lancar dan indah. Direktor asal filem Deadpool, Tim Miller telah meninggalkan produksi Deadpool disebabkan perbezaan pendapat dengan Ryan Reynolds.

Semuanya berpunca dari pemilihan pelakon untuk watak Cable. Aktor Kyle Chandler menjadi pilihan Tim untuk watak ini tetapi Ryan tidak bersetuju dengan pemilihan itu dan merasakan ada pelakon lain yang lebih layak memegang watak Cable.

Kyle Chadler sebagai Cable
Kyle Chadler sebagai Cable

Selain itu, perbezaan pendapat berkenaan hala tuju filem sekuel Deadpool ini juga menjadi sebab Tim meninggalkan Deadpool 2. Tim mahukan filem sekuel Deadpool penuh dengan aksi tetapi Reynolds mahukan filem Deadpool 2 sama konsepnya dengan filem Deadpool yang pertama. Pihak studio menyokong Reynolds dan Tim terpaksa mengalah dengan keputusan itu.

Tim Miller & Ryan Reynolds
Tim Miller & Ryan Reynolds

Kini 20th Century Fox perlu mencari direktor baru untuk filem ini. Satu petisyen dibuat oleh peminat Deadpool dan mereka mahu Quentin tarantino sebagai pengganti Tim! Jika benar-benar Quentin mengambil alih kerusi tuan direktor, semestinya filem Deadpool ini nanti sangat berbeza. Anda lihat sahaja karya-karya Quentin sebelum ini (Pulp Fiction, Reservoir Dogs, Kill Bil, Django Unchained). Semuanya agak hardcore dan mungkin tidak kena dengan vibe filem Deadpool sedia ada.

Jadi kita tunggu sahajalah siapa yang akan dipilih 20th Century Fox untuk mengarah sekuel Deadpool ini. Tim Miller sangat berjasa untuk franchise Deadpool ini kerana jika beliau tidak mengeluarkan test shot Deadpool yang awal, pastinya filem ini tidak akan diteruskan. Terima kasih tuan direktor dan jasamu akan sentiasa dikenang. All the best buat Deadpool. Kami mahukan sekuel Deadpool sama gempak dan fun seperti Deadpool yang pertama!

Sumber