Watak abang kepada Scarlet Witch, Quicksilver yang dilakonkan oleh Aaron Taylor-Johnson sebelum ini dilaporkan akan muncul semula dalam filem kedua Doctor Strange.
Watak Quicksilver ‘dimatikan’ ketika Age Of Ultron kerana Quicksilver versi MCU semestinya akan bertembung dengan Quicksilver versi X-Men sekiranya beliau terus kekal hidup dalam MCU. Jadi, pihak Marvel Studios melihat keputusan untuk mematikan Quicksilver sewaktu Age Of Ultron adalah keputusan yang terbaik.
Tetapi, disebabkan Doctor Strange 2: Doctor Strange in the Multiverse of Madness turut akan menampilkan Scarlet Witch, Quicksilver dilihat bakal memainkan peranan untuk perkembangan watak Scarlett Witch.
Quicksilver Rumored To Return In Doctor Strange In The Multiverse Of Madness https://t.co/hioQlqZHTW
— Linda (@lindashoare) August 16, 2019
Tidak dapat dipastikan bagaimana watak Quicksilver akan diperkenalkan dalam Doctor Strange 2 nanti tetapi disebabkan Wanda dan Doctor Strange akan mengembara ke pelbagai dimensi, kemungkinan mereka akan bertemu Quicksilver dari dunia yang berbeza.
Atau, disebabkan penjahat Doctor Strange 2 adalah Nightmare, kemungkinan besar Nightmare menggunakan memori Quicksilver dan Vision untuk memanipulasikan minda Scarlet Witch juga ada.
Jika Quicksilver benar akan ‘dihidupkan’ kembali, apa rancangan Marvel Studios untuk Quicksilver selepas ii? Tetapi, kami rasa pasti lebih ramai yang rindukan Quicksilver versi X-Men yang jauh lebih menarik dan memorable untuk kembali.
https://www.youtube.com/watch?v=PMp_5HtO-aE