Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, Quill City Mall Kuala Lumpur nampaknya bakal hadir dengan mood yang lebih ceria buat para pengunjung dengan tema ‘Blooming Spring’. Melalui tema yang diadakan, para pengunjung bakal terpesona dengan rekaan seolah berada di musim bunga dengan hiasan bunga-bungaan serta rekaan yang menarik hati.

Selain itu, Quill City Mall bakal turut memperkenalkan program ‘Scan & Huat’ dimana para pengunjung berpeluang scan kod QR untuk mendapatkan ang pow melalui peraduan yang diadakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Photo 1 – Grand Launch of Blooming Spring with VIPs and 8TV artistes

Menariknya, selain ang pow, para pengunjung turut berpeluang mendapatkan GINTELL DeVano SL ROSEmantic Massage Sofa yang ditawarkan pada harga RM9,988. Selain itu, beberapa baucer menarik daripada Hamleys, NEXT, The Manhattan Fish Market antara yang ditawarkan.

Sekiranya anda sedang mencari mall untuk dikunjungi sekitar Kuala Lumpur, Quill City Mall mungkin antara yang menjadi pilihan berikutan seleksi promosi besar-besaran yang diadakan sempena Tahun Baru Cina.