Ketua pasukan Penang FC, Rafael Vitor mendedahkan beliau semakin hampir untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia sekaligus boleh beraksi bersama skuad Harimau Malaya.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena iaitu Karl Nunis, Rafael Vitor menegaskan proses untuk mendapatkan kad pengenalan sudah berada di peringkat akhir dan beliau sudah tidak sabar untuk bergelar rakyat Malaysia.
Baca Juga:
- Ini Calon Penyerang Warisan Skuad Harimau Malaya
- ‘Impresive’ – Penyokong Puji Penampilan Hector Hevel
- Peter Cklamovski Teruja Pemain Komited
Kapten Penang, Rafael Vitor tidak sabar menanti kad pengenalan biru (proses akhir) & menjadi sebahagian daripada Revolusi Harimau Malaya.
More on Nadi Weekend 730 Malam iniā¦.@ASTROARENA pic.twitter.com/KNUKbsJUJN
— karlnunis (@_karlnunis) April 6, 2025
Rafael Vitor Mahu Buat Yang Terbaik Untuk Malaysia
Pemain berusia 32 tahun itu menegaskan beliau mahu memberikan yang terbaik sekiranya dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan kelak.

“Jika saya mempunyai peluang untuk menyertai skuad kebangsaan, saya akan memberikan yang terbaik untuk Malaysia.
“Saya sudah lima tahun di sini, saya mendapat sokongan dari Penang. Keluarga saya juga gembira di sini katanya.
Rafael Vitor mula beraksi bersama Penang ketika saingan Liga Malaysia musim 2020 dimana beliau menyertai skuad Harimau Kumbang dari kelab Brazil.

Sebelum ini, Malaysia mempunyai beberapa pemain asing yang diberikan kerakyatan sekaligus beraksi bersama skuad kebangsaan.
Pemain seperti Mohamadou Sumareh, Guilherme De Paula, Lee Tuck, Liridon Krasniqi dan Romel Morales pernah menyarung jersi Harimau Malaya.
Sumareh menampilkan prestasi yang cemerlang ketika baru sahaja mendapatkan kerakyatan namun beliau seakan tenggelam selepas itu.
De Paula, Liridon dan Tuck masing-masing gagal menampilkan prestasi yang memberangsangkan bersama pasukan kebangsaan dan dianggap hanya ‘membuang masa’ memberikan tiga pemain ini kerakyatan Malaysia.
Ketika ini, Romel Morales menjadi pilihan ketua jurulatih pasukan negara, Peter Cklamovski bagi membarisi posisi serangan skuad kebangsaan.
Sekiranya segalanya berjalan lancar bagi Vitor, maka beliau akan bersaing dengan beberapa pemain sekiranya mahu mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan.
Ada pemain seperti Harith Haiqal, Shahrul Saad, Dominic Tan, Shahrul Nizam, dan Feroz Baharudin yang dilihat bakal memberi cabaran kepada Vitor.