Rafizi Ramli, salah seorang lembaga pengarah dan pengasas INVOKE, sebuah firma data yang diasaskan sejak 2016 mengaku di laman Twitter miliknya bahawa dia membayar gaji pelajar lepasan universiti dengan gaji setinggi RM3,200.
Pengakuan ini hadir selepas salah seorang pengguna Twitter bertanya berapakah gaji yang dibayar oleh Rafizi di syarikat milik beliau. Rafizi dalam ciapan balasnya menjawab bahawa gaji yang ditawarkan adalah tinggi dan terdapat juga kenaikan selepas 3 tahun.
Baca Juga:
- ‘Surat Letak Jawatan Terbaik Yang Pernah Saya Dapat’ – Rafizi Ramli Kongsi Tips Berhenti Kerja
- ‘Wang Saman Akan Dipulangkan Kepada Orang Ramai’ – Rafizi Menang Kesemua Kes NFC
Fresh grad – starting salary RM3,200.
Increment for the last 3 years average 8-10%, minimum 6% and can go as high as 20%.
Aku je yg xde salary increment 🤣 https://t.co/rPF6c0mKuP
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) November 1, 2022
“Fresh grad – gaji permulaan RM3,200. Kenaikan untuk 3 tahun lepas purata 8-10%, minimum 6% dan boleh mencapai setinggi 20%. Aku je yang takde kenaikan gaji,” katanya secara berseloroh di laman Twitter miliknya.
Persoalan ini hadir selepas salah seorang pengguna Twitter memuat naik video ucapan Rafizi di laman Twitter yang menyatakan kebimbangan beliau mengenai nasib anak muda bawah 30 tahun yang tidak mendapat gaji yang tidak sepadan dengan kelulusan mereka.
Ciapan ini kemudiannya diakui oleh salah seorang pengguna Twitter bernama Zahin Zulkipli berkata, “Saya boleh sahkan ini.” Melalui pemerhatian The Vocket di laman Linkedin, beliau adalah pekerja di INVOKE yang bertugas sebagai jurutera perisian.
I can verify this. Haha
— Zahin Zulkipli (@ZahinZulkipli) November 1, 2022
INVOKE ialah firma data yang diasaskan pada 2016 yang mengetengahkan kepakaran dalam sains data, kejuruteraan perisian, pembangunan aplikasi, pemasaran digital dan seni kreatif.
Rafizi Ramli yang kini kembali aktif berpolitik dan bakal mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) pernah menggunakan INVOKE dalam menganalisi data profil pengundi dalam PRU14.
Tugas INVOKE adalah meramalkan kecenderungan politik pengundi dan menyampaikan mesej kempen yang sepadan kepada kumpulan pengundi atas pagar. Untuk rekod, INVOKE adalah satu-satunya organisasi di dunia yang meramalkan keputusan pilihan raya Malaysia pada 2018.