Hanya setahun Sambal Nyet oleh Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairulaming berada di pasaran, beliau kini mampu untuk membuka kilang baharu Sambal Nyet yang lebih besar di Kelantan.
Khairulaming berkongsikan berita gembira tersebut menerusi laman Twitter dan Instagram rasmi miliknya dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberi sokongan terhadap produk sulung keluarannya itu.
Selepas genap setahun Sambal Nyet dilancarkan, alhamdulillah kita berjaya cecah jualan RM 7.5 juta ringgit. Sekarang kilang sambal nyet seluas 14,000 sqft telah pun siap renovation and finally ready untuk aku tunjuk kat korang. Welcome guys to our first Townhall🙇♂️🙏🏻 [Thread] : pic.twitter.com/lksN7rojzS
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Tahun lalu sahaja, beliau bersama pasukannya telah berjaya menjual 540,000 botol Sambal Nyet bersamaan nilai jualan RM7.5 juta! Beliau berpendapat sudah tiba masanya untuk meluaskan lagi produksi Sambal Nyet dan membuat keputusan untuk membuka kilang baharu di Kota Bharu, Kelantan dengan keluasan 14,000 kaki persegi.
Menurutnya, beliau memilih Kelantan kerana itu adalah tempat beliau membesar dan membuka kilang tersebut dari ‘kosong’. Tujuannya bermula daripada kosong adalah untuk beliau belajar sendiri cara yang betul untuk set-up kilang; sama seperti mana beliau mula-mula berniaga Sambal Nyet tahun lalu.
Bermula dengan R&D memasak di rumah, ke lot kedai dan ke kilang seluas 14,000 sqft ni, banyak benda yang aku belajar. Mula-mula berat hati nak bina kilang sendiri sebab ramai suggest untuk hire OEM untuk buat produk. Tapi sebab aku nak belajar A-Z, ini risiko yang kena ambil pic.twitter.com/iHe833rg7K
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
FYI kilang ni belum lagi 100% complete. Kita masih lagi tengah buat finishing macam painting, wiring, labelling etc. Sebelum mula renovation kita memang dah in touch dengan MeSTI untuk inspection nanti. and our hope is to get MeSTI and Halal certificate dalam tahun ni
— Khairulaming (@khairulaming) March 2, 2022
Selepas membelanjakan lebih RM1 juta untuk kilang ini, akhirnya ia sudah mula beroperasi. Langkah seterusnya menurut Khairulaming adalah untuk mendapatkan sijil MeSTI dan halal pada tahun ini selepas renovasi kilang siap sepenuhnya.
Rata-rata followers dan pembeli Sambal Nyet mengucapkan tahniah kepada Khairulaming atas kejayaannya itu. Sehingga ke hari ini, Sambal Nyet kekal sold out di Shopee setiap kali restock membuktikan Sambal Nyet tetap bertakhta di hati pembeli.
P/S: Khairulaming juga berkata produk kedua keluarannya turut akan dikeluarkan di kilang ini tidak lama lagi. Nantikan dan all the best buat Khairulaming!
Ada juga berpendapat Khairulaming adalah usahawan dan sifu Shopee sebenar yang boleh dijadikan idola. Baca lagi pada pautan di bawah.
Khairulaming Adalah ‘Sifu Shopee’, Berjaya Jual 10,000 Sambal Nyet Dalam 3 Minit
Buat ‘Post-Mortem’ Selepas Sambal Habis Terjual, Cara Khairulaming Dipuji Netizen
Pernah Rugi Lima Angka, Khairulaming Kongsi Kisah Jatuh Bangun Hasilkan Sambal Nyet