Studio animasi tempatan, Animonsta Studio pada bulan lalu berjaya menerima anugerah Anime Fan Award di Tokyo. Mereka berjaya menjadi fenomena di sana kerana siri animasi Mechamato mempamerkan animasi dan karakter 3D yang mantap.

Terbaharu, Monsta berjaya melakar sejarah lagi apabila menerima ‘Diamond Play Button’ selepas saluran YouTube Monsta itu mencecah 10 juta subscriber. Ini merupakan anugerah terbaru yang diterima Monsta untuk tahun 2023.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kejayaan ini boleh dikecapi dengan adanya sokongan hebat bukan sahaja di dalam negara malahan dari luar negara yang turut meminati siri animasi yang dihasilkan oleh mereka.

Para peminat berpeluang menonton sejumlah siri animasi kegemaran mereka menerusi saluran YouTube Monsta. Antara tajuk siri animasi yang sedia ditawarkan menerusi saluran YouTube termasuklah Mechamato, Papa Pipi, Fly With Yaya dan banyak lagi.

Sumber Gambar: Twitter @themonstastudio

Saluran YouTube Monsta telah diwujudkan bermula pada 21 Mac 2014 yang mana kini memiliki lebih daripada 10.3 juta subscriber. Bukan itu sahaja, saluran YouTube Monsta juga berjaya berada di dalam kedudukan ‘Top 10 Most Succesful YouTube Channel’ di Malaysia.