Siapa di sini peminat dessert? Apa kata hari ini cuba buat dessert yang mudah tidak sampai setengah jam pun dan pastinya bahan pun simple sahaja.
Adakah anda pernah makan kek Milo Lava? Jom cuba buat dessert ini dengan mengikuti resipi pengguna TikTok @bungalily_2 ini.
Baca Juga:
- Ini Resipi Cornflakes Telur Masin Pedas Yang Rangup Dan Sedap Sesuai Untuk Kudapan Moreh
- Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Ini Resipi Cornflakes Madu Tanpa Oven Paling Simple Dan Lazat
- Ini Resipi Air Jagung Yang Lemak Dan Berkrim Seperti Dijual Di Bazar Ramadan
@bungalily_2 resepi simple milo lava cake #makanmakan #resepisimple #desert #fyp
Bahan-bahan yang diperlukan:
Milo, air panas, telur, gula, tepung gandum dan mentega
Cara-cara membuat resipi kek milo lava:
1. Masukkan 4 sudu milo dalam bekas.
2. Kemudian, 1 sudu air panas pula diletakkan pada milo tadi dan kacau sebati.
4. Pecahkan 1 biji telur dalam bekas lain.
5. Masukkan 2 sudu gula ke dalam bekas telur tadi dan kacau sebati.
6. Selepas itu, masukkan 4 sudu tepung gandum dan kacau sebati dengan adunan telur.
7. Masukkan adunan milo tadi ke dalam adunan itu dan kacau sebati.
8. Selepas digaul rata, masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau sebati.
9. Sapukan mentega pada bekas untuk dikukus.
10. Masukkan adunan tadi ke dalam bekas yang telah disapukan mentega itu dan kukuskan ia selama 7 hingga 10 minit.
11. Sudah dikukus, letakkan di atas pinggan dan taburkan milo. Siap!
Tunggu apa lagi? Jika belum ada bahannya di dapur, bolehlah beli sekarang buat untuk iftar nanti bersama keluarga. Barulah ada kelainan sikit iftar hari ini.
Pastinya dessert ini juga boleh dihidangkan kepada tetamu ketika Aidilfitri nanti. Selamat mencuba!