Tular baru-baru ini apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan terdapat isu melibatkan penipuan dalam permohonan mangsa banjir yang sekaligus membuatkan mangsa banjir di daerah lain lambat meraih bantuan.
Beliau turut memaklumkan di mana daerah Petaling dan Klang antara yang tertinggi menipu melibatkan bantuan banjir yang disalurkan oleh pihak kerajaan. Perkongsian Menteri Besar Selangor ini turut mendapat perhatian seorang pengguna Twitter iaitu @acaiijaweΒ yang mengulas dengan lebih lanjut isu yang berlaku.
Sedih nak cakap. Tapi inilah yang berlaku kat hampir semua tempat banjir termasuk di kampung aku.
Bantuan Kerajaan Negeri+Persekutuan cash : RM4500.
Suami, isteri dan anak duduk satu rumah mohon dan semua dapat! Semua orang jadi TAMAK.
Sekarang semua bantuan banjir kena hold. pic.twitter.com/NglMfQ6546
— Faisal Rahim (@acaiijawe) February 8, 2022
Menerusi perkongsian difahamkan mangsa banjir di Selangor telah menerima bantuan kerajaan beserta bantuan daripada kerajaan persekutuan sebanyak RM4,500 bagi sebuah rumah yang terkesan.
Sumbangan yang diberikan ini bertujuan bagi meringankan beban mereka terkesan dengan bencana banjir yang berlangsung beberapa bulan lalu dalam membeli semula barangan keperluan keluarga dan rumah.
Dalam pada itu, kemudahan pihak kerajaan dalam meluluskan bantuan ini walau bagaimanapun telah disalah guna oleh segelintir mangsa banjir yang memilih untuk membuat beberapa permohonan bagi sebuah rumah yang terdiri daripada permohonan si suami, isteri dan juga anak.
Kerajaan Negeri dan Pusat dah cuba sedaya upaya permudahkan urusan bantuan banjir. Tapi bila jadi camni, semua bantuan DIHENTIKAN dan kena buat siasatan.
Kita cakap orang lain tamak, korup dsb. Tapi bila ada depan mata, rupanya kita pun ambil kesempatan.
Lumrah manusia.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) February 8, 2022
Bukan itu sahaja, terdapat juga individu yang memohon bantuan berkenaan meskipun sekadar air banjir berada di jalan hadapan rumah sahaja. Hal ini secara tidak langsung bukan sahaja menunjukkan ketamakan pemohon berkenaan malah turut merencatkan pelan kerajaan dalam menyalurkan bantuan banjir buat mereka yang terkesan di beberapa daerah lain di Selangor.
Isu yang dikongsikan nampaknya turut mendapat perhatian netizen yang kecewa dengan tindakan segelintir mangsa banjir. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu yang berlaku.
Antara dilema bila melibatkan bantuan ini ialah, jumlah bantuan terhad, tapi pemohon ramai. Yang selalu buat teruk jenis pemohon tak layak tapi nak cuba nasib, pemohon dan ahli keluarga mohon serentak sedangkan bantuan hanya untuk 1 unit bagi setiap family. https://t.co/SnUDEs9rWe
— Atikah Akma π²πΎπ (@atikah_ramly) February 8, 2022
Aduh buruknya perangai. Kesian kat orang yang betul-betul memerlukan. Dah menyusahkan orang lain https://t.co/vdT9W3hqeH
— arina π²πΎπ (@itsarinamin) February 8, 2022
https://twitter.com/mhakmal94/status/1490873032742559747
Menerusi isu yang berlaku, diharapkan mangsa banjir yang terkesan bertanggungjawab dalam memohon bantuan bagi mengelakkan bantuan yang berlebihan diterima dalam sesebuah rumah bagi mengelakkan mangsa banjir yang lain terkesan dengan ketamakan yang dilakukan.
Tular pada minggu ini apabila presiden PRESMA melaporkan restoran mamak mungkin tidak lagi beroperasi 24 jam sehari berikutan masalah yang dilalui sepanjang pandemik COVID-19.
Restoran Mamak 24 Jam Mungkin Tinggal Kenangan, Lebih 2,000 Premis Dilaporkan Tutup
Dakwa Peruntuk Ruang VIP Pada Saf Hadapan, Masjid Di Ampang Ini Tampil Jelaskan Perkara Sebenar