Disebabkan penularan wabak COVID-19, kita sudah lama tidak melancong dalam dan juga luar negara. Buat anda yang merindukan Jepun, apa kata anda terjah ke taman di Shah Alam ini.

Sebagai simbolik keakraban di antara kerajaan negeri Selangor dengan pelabur Jepun, sebuah taman persahabatan telah dibina di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14.

317e

293f

081f

535f

Dapat dilihat, taman tersebut ketengahkan seni bina yang melambangkan elemen Jepun seperti Laman Zen, Kolam Maze dan Gerbang Torii Tsukubai. Untuk pengetahuan anda, taman ini sudah dibuka kepada pengunjung dan dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi sehingga 7 malam secara percuma.

Menurut Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, idea pembinaan taman dicetuskan kerajaan Selangor pada tahun 2018 apabila melihat banyak dari Jepun yang melabur di negeri itu. Tunggu apa lagi? Jika anda rindu mahu ke Jepun bolehlah singgah ke taman ini.

a353

dabd

d38b

Sementara itu, kami kongsikan beberapa tempat menarik yang anda boleh kunjungi ketika ini pada pautan di bawah.

5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota

Nikmati ‘View’ Kuala Lumpur Dari Ketinggian 50 Meter, Forest Skywalk FRIM Bakal Jadi Destinasi Pilihan Ramai

Cuma 24km Dari Kuala Lumpur, Resort Taman Rimba Komanwel Rawang Tawar Pengalaman Unik Buat Pengunjung

Sumber