Pelakon dan pengacara terkenal, Raja Azura atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Engku, dilaporkan sudah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, semalam.

Beliau berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran video di Instagram.

Baca Juga:

“Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.

“Kepada yang selalu mendoakan, dari dia bersendiriann, kini telah berdua. Terima Kasih ya Allah,” petik perkongsian Raja Azura.

Pada masa sama turut kelihatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Jaafar dan DYTM Raja Nazhatul Shima mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan itu.

Terdahulu, Raja Azura pernah berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff pada Mac 2001.

Mereka mendapat tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq, Megat Luqman Hakim dan Puteri Mia Maizura.