Penulis blog politik, Raja Petra Kamarudin dilaporkan meninggal dunia di United Kingdom (UK) malam Isnin, pada usia 74 tahun.

Memetik Free Malaysia Today, kematian penulis blog yang juga dikenali sebagai ‘RPK’ itu disahkan oleh adiknya, Raja Idris, pagi tadi.

“Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bahawa abang kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, baru sahaja meninggal dunia pada 11.26 malam waktu UK pada Isnin 9 Sept di Manchester, UK,” katanya dalam teks ringkas kepada FMT.

Raja Petra merupakan pengendali laman sesawang Malaysia Today yang menerbitkan beberapa siri ulasan dan artikel kontroversi mengenai politik Malaysia