Sebut sahaja Shopee, mesti ramai yang mula takut kerana sekali buka aplikasi tersebut pasti banyak barangan dibeli. Sebelum membeli barangan, anda sebagai pengguna bijak semestinya akan membaca ‘reviews’ terlebih dahulu, bukan?
Terbaharu, seorang pengguna Facebook Siti Suherah Usman telah berkongsi beberapa keping gambar memaparkan ulasan pelanggan yang dibalas penjual di Shopee.
Dapat dilihat, penjual thumblers itu ‘layan’ pelanggannya dengan membalas komen di ‘reviews’ yang ditinggalkan pelanggannya di Shopee lalu mendapat perhatian netizen.
Rata-rata netizen berasa terhibur membaca reply daripada penjual tersebut. Mana tidaknya, penjual terbabit dilihat membalas di setiap komen ‘reviews’ pelanggannya dengan bersahaja dan lucu.
Bukan itu sahaja, para netizen turut merasakan bahawa mungkin penjual itu bosan lalu membalas setiap komen reviews pelanggannya. Malah, rata-rata netizen turut memuji penjual yang tidak kering idea membalas komen-komen tersebut.
Rata-rata netizen turut mengatakan bahawa penjual itu memiliki ‘customer services’ terbaik sehingga membuatkan mereka mahu membeli barangan dengan penjual terbabit.
Tidak lama lagi jualan hebat 9.9 akan berlangsung, apa kata kami kongsikan barangan yang anda boleh dapatkan pada pautan di bawah ini.
5 Barangan Dapur Yang Mudahkan Kerja Suri Rumah Dengan Harga Di Bawah RM10
Racun TikTok Kembali, 10 Barangan ‘Must Buy’ Yang Berbaloi Anda Miliki Sempena Jualan 11.11
Terima Bungkusan Dalam Kelapa, Gaya Kreatif Peniaga Di Shopee Ini Raih Perhatian Netizen