Buat mereka yang sukakan keindahan alam, sudah pasti nama ‘Tasik Cermin’ yang terletak di Ipoh ini tidak asing lagi. Keadaan air yang tenang membuatkan pengunjung dapat melihat refleksi seakan-akan cermin pada permukaan tasik tersebut.
Baru-baru ini tular satu rakaman video di TikTok seorang lelaki dilihat terjun ke dalam Tasik Cermin semasa orang ramai sedang menikmati pemandangan dan mengambil gambar di sekitar kawasan tersebut.
https://www.tiktok.com/@syafiruzafiza/video/7040117316859809051?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Tindakkan lelaki tersebut telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai termasuklah pemilik asal video yang merakam aksi tersebut. Rata-rata ramai yang mempersoalkan kenapa lelaki itu berbuat sedemikian.
Tambah netizen lagi, perbuatan lelaki tersebut boleh menyebabkan kawasan tarikan pengunjung itu boleh ditutup daripada dikunjungi oleh orang ramai seperti akhir tahun lalu.
Tambah orang ramai lagi, tasik itu bukanlah satu kawasan yang ‘selamat’ untuk melakukan aktiviti di dalam kawasan air tersebut. Namun, ada beberapa pengguna TikTok mendakwa mereka pernah ternampak budak-budak melakukan aktiviti mendayung dan bermandi-manda di tasik terbabit.
Memetik laporan Kosmo, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah memberitahu kepada portal tersebut untuk memaklumkan kepada orang ramai tidak dibenarkan mandi di tasik tersebut dan siasatan juga akan dilakukan bagi mengetahui kejadian berkenaan.
Orang ramai diminta agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini di kawasan tasik tersebut kerana lokasi tersebut telah disenaraikan sebagai salah satu tiga lokasi pelancongan berisiko tinggi di negeri Perak pada tahun lalu.
Dua lelaki dan dua wanita sedang dicari oleh polis bagi membantu siasatan dalam video ‘persenda OKU’ yang tular di media sosial baru-baru ini. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Polis Cari Dua Lelaki Dan Dua Wanita Dalam Video ‘Persenda OKU’
Dikecam Pura-Pura Cacat Untuk Dapat Parkir, Ini Penjelasan Daripada ‘Lelaki OKU’ Tersebut