Tular satu klip video dashcam menunjukkan sebuah lori treler memandu secara berbahaya sehingga terlibat kemalangan.
Menerusi perkongsian video dashcam di TikTok @putera_waja, dalam keadaan malam gelap gelita, ada sebuah lori treler memberi high beam sebagai tanda pemandu mahu memotong.

Ketika memotong di garisan berkembar, ada sebuah lagi lori treler di lorong bertentangan memberikan high beam kepada pemandu terbabit kerana memotong secara berbahaya.
@putera_waja jln mersing hala kota tinggi…kalau x pandai main…goyang dik..goyang…selekoh semua tajam…x biase lalu kene slow2…semalam setel dh semua… #reallifetruckers #abgtanker #fypシ #tankertruck #malaysiantruckers #foryoupage #fypシ゚viral #capcut
Selepas memotong, lori treler berkenaan hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan dipercayai kerana laju semasa melalui selekoh.
“Jalan Mersing hala Kota Tinggi, kalau tak pandai main, goyang dik, goyang. Selekoh semua tajam. Tak biasa lalu kena perlahan-lahan,” kata TikTok @putera_waja.
Menerusi komen-komen dikongsikan warganet, kawasan itu memang agak ‘mencabar’ bagi mereka yang pertama kali melalui kawasan situ.



Difahamkan pemandu pada ketika itu merupakan ‘pemandu ganti’ dan pertama kali melalui kawasan tersebut.
Pemandu berpengalaman pula tidak lokek berkongsi beberapa tips, antaranya gunakan aplikasi pemetaan supaya pemandu dapat tahu lorong, selekoh yang ada di hadapan sebagai satu persediaan.
Pada masa sama bagi pemandu baharu, sangat disarankan memandu perlahan ketika berada di kawasan gelap & baharu untuk mengelakkan perkara tidak diingini.
Serta membantu kenderaan-kenderaan yang berada di belakang untuk memotong demi keselamatan semua pengguna laluan berkenaan.