Gara-gara mahu gambar pra-perkahwinan jadi lebih cantik dan kreatif, gambar pra-perkahwinan bertukar tragedi apabila penggambaran tersebut menyebabkan kawasan savana yang dikenali sebagai Bukit Teletubbies di lokasi taman negara Gunung Bromo di Indonesia terbakar.
Lelaki berusia awal 40-an itu kini ditahan dan bakal didakwa selepas menyebabkan kawasan hamparan rumput terbakar teruk. Dia berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga 1.5 bilion Rupiah (RM456,000) jika sabit kesalahan.
Menurut laporan Awani, idea menyalakan flare (mercun suar) datang daripadanya. Pada ketika ini, kawasan berkenaan berada dalam musim panas dan kering yang menyaksikan hamparan rumput dan lalang di situ mudah terbakar.
Lebih dikesali, pihak Taman Negara Gunung Bromo memaklumkan, ketika kebakaran awal terjadi, kumpulan penggambaran itu tidak langsung berusaha untuk memadamkan api, malah dibiarkan sahaja.
Allahu sampai macam ini kebakaran kat Bromo?
Tahu tak punca dia adalah photoshoot gambar pre wedding guna flare kat bawah ni?
Teruk kesan dia ššš https://t.co/Ogo2VjJUUb pic.twitter.com/BVyU4jKeIE
— šArif E.š (@arfdy12) September 11, 2023
Ketua Polis Probolinggo Wisnu Wardana mengesahkan suspek yang ditahan merupakan pengurus perancang perkahwinan.
āDia sebagai orang yang dipertanggung jawab dalam hal ini, malah tidak mempunyai permit khas untuk memasuki kawasan konservasi Gunung Bromo,ā katanya.
Wisnu menambah untuk memasuki zon itu, mana-mana individu perlu mendaftarkan diri dan perlu membayar harga permit berdasarkan jenis aktiviti yang hendak dijalankan. Seseorang itu juga perlu mengisytihar semua peralatan dan perkakasan yang hendak dibawa masuk bersama.
āAkibat penggunaan suar itu, sekarang seluas 50 hektar hamparan rumput terbakar,ā ujarnya. Kawasan itu sebelumnya begitu popular dan menjadi idaman pengunjung serta para pendaki kerana menawarkan pemandangan yang unik.