Setelah sekian menjadi buah mulut, kini dua rakan tampil mendedahkan tentang YouTuber, Ammar Nazhan yang sanggup membayar RM10,000 kepada tentera dan polis di Indonesia demi menghasilkan konten influencer bernama Eyka yang di hilang di hutan.
Perkara ini diketahui selepas perkongsian di dalam satu podcast bersama penyanyi rap Caprice, rakan Ammar sendiri iatu Eyka dan Azrin tampil membuka cerita berkenaan rancangan sebenar Ammar serta pencipta kandungan genre seram Aras Abdullah.
Menurut Izrin, mereka tidak dibayar dengan penghasilan mana-mana konten bersama dan pembayaran dilakukan dalam bentuk medium lain seperti tempat tinggal, makanan, serta kebebasan untuk membuat tugasan lain.
“Bayaran satu sen pun kami tak pernah dapat. Dia (Ammar) kata bayaran berbentuk makanan, tempat tinggal dan dia tak pernah kacau kerja lain kami.
“Semasa buat konten hilang, kami tak boleh bersuara dan ramai yang dah kena brainwash dengan dia (Ammar),” kata Izrin.
Tambah Izrin lagi, Ammar juga sebenarnya sudah menghabiskan sekitar 10 juta Rupiah bersamaan RM10,000 untuk membayar polis, tentera dan juga orang kampung di kawasan tersebut dalam memperlihatkan ia sebagai satu senario yang sebenar serta lebih menyakinkan kepada orang ramai.
“Bayaran satu sen pun kami tak pernah dapat. Dia (Ammar) kata bayaran berbentuk makanan, tempat tinggal dan dia tak pernah kacau kerja lain kami.
“Semasa buat konten hilang, kami tak boleh bersuara dan ramai yang dah kena brainwash dengan dia (Ammar),” kata Izrin.
Dalam masa sama, Izrin juga mendakwa dia terpaksa menggunakan kenalan dari negara jiran untuk membuat konten dan setiap seorang sudah diberikan watak masing-masing di dalam perancangan konten berkenaan.
@buletin.tiktok Replying to @buletin.tiktok 📽️🍉 Part 1 (Repost). credit youtube Caprice Original Film #ammarnazhan #eykahilang #fyp #berandafyp #bikinpanas #gosip
♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Terdahulu, Ammar Nazhan bersama pasukannya telah mengempar dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia apabila mendakwa rakannya telah hilang sewaktu membuat konten paranormal di sebuah perkampungan di Bandung.
Perkara bertambah panas selepas didakwa mereka rupanya hanya membuat konten dan telah menyusahkan banyak pihak terutamanya di negara Indonesia.