Sudah menjadi kebiasaan di mana rakan-rakan akan hadir dengan pelbagai prank atau kejutan sempena hari lahir rakan mereka. Membawa kek dari belakang individu atau membuat kejutan tanpa diketahui individu yang menyambut hari lahir antara cara yang kerap dilakukan orang ramai.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila kumpulan lelaki yang terdiri daripada bangsa Cina ini memilih cara kreatif dan unik dalam membuat kejutan sempena hari lahir rakan mereka dengan memanggil kumpulan paluan kompang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Prank yang dilakukan jelas membuatkan individu yang menyambut hari lahir terkejut pada awalnya dengan kehadiran kumpulan ini memasuki sebuah kafe.

Kejutan hari lahir unik yang dilakukan ini nampaknya telah menerima pelbagai respon di kalangan netizen. Rata-ratanya teruja melihat situasi yang jarang-jarang berlaku di mana kumpulan lelaki berbangsa Cina menyambut hari lahir rakan dengan paluan kompang yang sememangnya sinonim dengan budaya Melayu.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang berpendapat tindakan yang dilakukan seolah mempersenda individu cina yang menyambut hari lahir dengan penggunaan paluan kompang.

Tindakan yang dilakukan kumpulan ini bukan sahaja kreatif malah sekaligus membuka mata orang ramai tentang keunikan negara Malaysia. Perkongsian yang dilakukan di Johor ini telah meraih jutaan tontonan sejak mulai dikongsikan di media sosial.