Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain import baharu dari Brazil iaitu Murilo Henrique bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia.

Pemain berusia 28 tahun itu beraksi di posisi pertahanan kiri dan beliau bakal menggantikan tempat Oscar Arribas yang akan dipinjamkan keluar ke kelab lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

JDT ialah pasukan Asia pertama yang disertai oleh pemain itu kerana kerap mewakili beberapa kelab eropah sepanjang dalam karier bola sepaknya.

Lebih menarik, Henrique juga merupakan bekas rakan sepasukan pemain kacukan negara, Nooa Laine ketika beraksi bersama kelab Finland, SJK Seinajoki pada musim lepas.

Walaupun tidak menjaringkan gol ketika beraksi bersama kelab itu, namun Henrique merekodkan 10 bantuan gol dalam 26 penampilan pada musim 2013.

Sebelum menyertai SJK Seinajoki, beliau juga sempat beraksi dengan pasukan HJK Helsinki serta membantu pasukan itu muncul juara Liga Finland buat kali ke 32.

Selain beraksi di posisi pertahanan kiri, Henrique juga boleh bermain sebagai sayap kiri sekaligus bakal memberi banyak pilihan kepada pengendali JDT untuk membentuk jentera serangan yang mantap.

JDT setakat ini sudah mengumumkan tiga pemain import baharu termasuk pemain skuad kebangsaan Syria, Jalil Elias dan pemain dari Portugal, Francisco Geraldes.

Malah, mereka juga mengesahkan Fernando Forestieri kekal bersama Harimau Selatan walaupun pada awalnya mengumumkan pemain Argentina itu dilepaskan bersama beberapa pemain lain sebagai salah satu langkah penjimatan.