Rakuten Kobo telah melancarkan satu lagi eReader mereka untuk pasaran Malaysia, dikenali sebagai Kobo Elipsa 2E. Lebih daripada eReader premium untuk pencinta buku di seluruh negara, Rakuten menyatakan bahawa pengguna boleh melahirkan dan mengembangkan idea dengan cara tersendiri.
Selepas meneliti pengalaman membaca dan menghasilkan pakej membaca dan menulis terbaik, Rakuten tampil dengan eReader terbaharu yang mempunyai skrin sentuh E-Dakwat 10.3-inci tanpa silauan dan lampu ComfortLight PRO untuk mengurangkan cahaya biru dan keletihan mata pengguna.
Baca Juga:
- Rakuten Capai Persetujuan Menaja FC Barcelona Dengan Kontrak €50 Juta Setahun
- 7 Tip Bijak Online Shopping Di Rakuten Dengan Pulangan Yang Menguntungkan Anda
Kobo Elipsa 2E mempunyai storan berjumlah 32GB dan jangka hayat bateri yang mampu bertahan beberapa minggu dengan hanya sekali cas sahaja.
Jika pengguna hendak melakukan perkara lain, pada masa sama mahu ‘membaca’ buku, pengguna boleh mendengar buku audio Kobo menggunakan teknologi tanpa wayar bluetooth.
Dalam pada itu, eReader ini mempunyai Kobo Stylus 2, yang direka cipta semula secara ergonomi dan boleh dicas semula, membolehkan pengguna memadamkan kesalahan menggunakan pemadam di belakang pen, serta highlight ayat-ayat penting dengan butang highlight.
Kobo Elipsa 2E dan Kobo Stylus 2, akan dijual pada harga RM2,019 di www.kobo.com/ereaders dan rakan niaga terpilih.
Pra-tempahan boleh dibuat mulai 5 April dan peranti in boleh didapati di gedung fizikal dan di laman Shopee mulai 19 April nanti.