Rakyat Indonesia berasa cemburu dengan harga petrol baharu Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Keputusan ini terus mendapat perhatian dari rakyat negara jiran dimana mereka merasa kagum dan cemburu dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh Malaysia.
Baca Juga:
- PMX Umum Harga Petrol Baharu RM1.99 Bermula 30 September

- Macam Tebus SARA, Adakah Ini Cara Beli Petrol RON 95 Subsidi Bersasar Nanti?

- ‘Kerajaan Jamin Tak Naik Harga Petrol, Mungkin Kena Tunjuk Kad Pengenalan Untuk Beli RON95’ – Anwar Ibrahim

Rakyat Indonesia Anggap Rakyat Malaysia Bertuah
Tinjauan di laman media sosial menunjukkan rakyat Indonesia menganggap rakyat negara ini sangat bertuah kerana harga petrol jauh lebih murah berbanding mereka.

“Anda rakyat Malaysia sangat bertuah, tak macam kami di sini,” tulis seorang pengguna X.
“Malaysia boleh beri petrol murah kepada rakyat, kenapa Indonesia tak boleh?” tulis seorang lagi pengguna X.
Dalam satu kenyataan, PMX menegaskan harga petrol baharu yang bakal dinikmati rakyat Malaysia ialah RM1.99.

“Bermula 30 September ini, seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter dengan hanya menggunakan MyKad di kaunter dan pam, atau menerusi aplikasi stesen minyak.
“Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.
“Malaysia mengambil langkah berani menurunkan harga RON95 kepada RM1.99 seliter, tatkala dunia berdepan suasana ekonomi global yang tidak menentu.

“Langkah ini adalah penghargaan tertinggi buat seluruh rakyat Malaysia yang terus gigih bekerja, berusaha dan berkongsi tekad bersama Kerajaan MADANI dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.
“Kejayaan kita hari ini adalah hasil kekuatan rakyat yang tidak pernah mengalah,” tulis PMX.