Segelintir rakyat Indonesia membuat onar sehingga menyebabkan ketidakselesaan di kalangan masyarakat tempatan.

Menurut laporan BBC Indonesia, tiga warga Indonesia (WNI) di Jepun disyaki melakukan rompakan dan ditahan pihak berkuasa tempatan.

Baca Juga:

Rompakan itu berlaku pada Januari 2025 di Hokota, Ibaraki Prefecture. Polis menahan ketiga-tiga suspek lima bulan kemudian.  Mangsa adalah penduduk tempatan Hokota.

Rakyat Indonesia
Sumber Gambar: When In Tokyo

Insiden Kedua Libatkan Rakyat Indonesia Di Jepun

Ini adalah kali kedua dalam tempoh singkat berita mengenai rakyat Indonesia membuat onar di negara itu.

Sebelum ini, tular video yang menunjukkan bendera sekolah silat dipamerkan di atas jambatan di Jepun.

Rakyat Indonesia
Sumber: medium.com

Video yang memaparkan bendera persatuan silat Persaudaraan Setia Hati Terate (PSHT) menjadi viral dimana beberapa orang meletakkan bendera PSHT di atas sebuah jambatan.

Aksi tersebut dianggap “mencemarkan nama baik Indonesia,” di samping “mengganggu ketenteraman awam Jepun.”

Rakyat Indonesia
Sumber: Amanz

Pada Januari 2025, pegawai penguatkuasa undang-undang di Isesaki, Prefektur Gunma, Jepun, melaporkan kepada Kedutaan Indonesia di Tokyo bahawa mereka telah menahan 11 warga Indonesia kerana rompakan yang berlaku beberapa bulan sebelumnya, pada November 2024. Seorang warga Indonesia maut selepas ditikam.

Suspek, menurut Kementerian Luar Negeri, didapati bersalah atas dua pertuduhan melebihi tinggal permit kediaman mereka dan membunuh.